20 August 2008

Placenta Previa







I have been diagnosed with Placenta Previa stage 2 when I had my routine check up at UKMSC.....aiiyooo banyak takut lorr!!!

So speechless actually, but Dr advised to take more precaution...

takleh angkat benda berat, jgn byk jalan bla bla bla.....

the most important thing is whenever there is a bleeding, kena cepat2 pergi ke hospital....

So just to share what is Placenta Previa all about...


Apakah jenis-jenis plasenta previa?
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

  • Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  • Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  • Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
    Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
  • Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.
Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi:

  • Wanita berumur 35 tahun ke atas.
  • Kehamilan kembar.
  • Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
  • Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).
    Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran.
Gejala yang lazimnya berlaku ialah:


  • Pendarahan faraj yang tidak sakit.
  • Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
  • Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:
  • Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
  • Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
  • Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
  • Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.

Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku:
  • Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
  • Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
  • Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
  • Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya timbul keperluan untuk pemindahan darah.
  • Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena (IV) di lengan anda.
  • Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari masa ke semasa.
  • Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.

Hopefully everthing will go back to normal, if not I have to go for Caesearean Operation.....Ya Allah, tolong lah hamba mu ini...



Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...