Showing posts with label Abid. Show all posts
Showing posts with label Abid. Show all posts

18 February 2010

Entri sengal takde tajuk...

Hari ni saya tolong update utk Ummi saya :P
Ummi saya tengah pening-pening lalat tu sebab hari ni tetiba je babysitter saya emergency leave ada kematian kat kampung.
so hari ni saya dipaksa oleh Ummi saya utk duduk ditaska abg Long dan Abg Ngah saya :( 
sebelum pergi Ummi dok bebel pesan banyak kali kat saya jangan nangis.
Eh Abid dah big boy la ummi, tak nangis punyer lah :)

oh nak story jugak yg Abg Ngah saya tengah kena chicken pox tu, kesian dia :(
so kena kuarantin,
Abg Ngah dan Abg Long buat teman kalu tak Abg Ngah tak nak pegi dok rumah Tok.
so saya ganti tempat mereka kat taska plak
yihaaaa best pergi taska, ramai kawan!
Ni gambar Abg Ngah yg Ummi saya sempat snap, tp x close up pun sbb Abg Ngah marah :P
Habis putih Ummi saya kerjakan tepek dgn bedak sejuk dan daun semambu.
Kalu tak Abg Ngah dok complaint gatal2.


yg kat bawah ni plak gambar2 saya la, haruslah interframe ye tak? :D
Ummi snap gambar saya tido dalam carseat


Nampak tak pipi saya yang melabu macam kuih pau berinti kacang merah tu?


Ni plak gambar saya tengah tantrum sebab berebut remote playstation dengan abang2 saya tu
Apalah Ummi ni, buat malu Abid je la..


dan ini yezaaaaaa.....
akhirnya dapat jugak kat saya remote tu,
bawak tidur lagi sbb saya takut Abg Ngah saya ambik masa saya tidor :P
kesian Abg Ngah saya, dah lah kena chicken pox, saya degil jugak nak benda nih
kesian Ummi saya dah jadi simba utk kali ke berapa tah hari tu tension tension.

last but not least, saya rasa saya sgt macho dan hensem dalam gambar ni
abaikan baju saya yang seksi memanjang tu :P

peace no war :P



sekian entri sengal dari saya,
Abid Zihni





28 December 2009

Cutest Baby of the Planet 2009



Nama : Muhammad Abid Zihni bin Helmi Shahid
DOB : 30 Sept 2008

Hari ini bersempena nak sambut tahun baru, Abid kena masuk contest 'Cutest Baby of the Planet 2009'

yang dianjurkan oleh Momsbloggerplanet

Tarikh tutup 10 Januari 2010...cepat la korang, join contest ni :D

so, check it out!!!


08 December 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

aduisss masuk contest lagi....layan je la labu

kali in masuk Momsbloggerplanet: Cutest Baby photo Contest plak....bulan December 09 temanya ialah “Cutest Baby SMILING“......Abid punye turn plak:D



Nama : Muhammad Abid Zihni bin Helmi Shahid
DOB : 30 Sept 2008

Why you love to see your baby smiling???

................sebab bila Abid SENYUM..........bukan setakat mulut, dengan mata-mata sekali akan sepet jadi satu line gitu, cute right? eish geram je tengok macam nak cubit-cubit, gigit-gigit je....nyum nyum. Hilang penat balik kerja bila tengok anak2 senyum especially Abid ( abang-abang dia senyum cute gak tapi Abid paling cute ler. Kalau tengok betul-betul, Abid ni bila senyum akan nampak lesung pipi dia kat sebelah kanan... menurun dari ummi dia la ni

So kekawan jom reramai masuk MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest ni, tarikh tutp 15 Dis 2009...cepat cepat!!!!

Contest ni dianjurkan oleh


dan

dan juga

So here we go...mudah-mudahan menang, Insyallah....

20 August 2008

Placenta Previa







I have been diagnosed with Placenta Previa stage 2 when I had my routine check up at UKMSC.....aiiyooo banyak takut lorr!!!

So speechless actually, but Dr advised to take more precaution...

takleh angkat benda berat, jgn byk jalan bla bla bla.....

the most important thing is whenever there is a bleeding, kena cepat2 pergi ke hospital....

So just to share what is Placenta Previa all about...


Apakah jenis-jenis plasenta previa?
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

  • Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  • Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  • Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
    Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
  • Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.
Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi:

  • Wanita berumur 35 tahun ke atas.
  • Kehamilan kembar.
  • Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
  • Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).
    Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran.
Gejala yang lazimnya berlaku ialah:


  • Pendarahan faraj yang tidak sakit.
  • Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
  • Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:
  • Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
  • Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
  • Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
  • Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.

Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku:
  • Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
  • Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
  • Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
  • Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya timbul keperluan untuk pemindahan darah.
  • Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena (IV) di lengan anda.
  • Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari masa ke semasa.
  • Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.

Hopefully everthing will go back to normal, if not I have to go for Caesearean Operation.....Ya Allah, tolong lah hamba mu ini...



16 July 2008

My 26th week of pregnancy

Dah 26 week...how fast time flies...

at 26th week:

Mama----put on weight almost 6 kg, from 48 to 54 kg, jln pun dah mcm ketam je, senget sebelah
Baby----confirm Boy, estimated weight 700 gm, dah makin kuat tendang, x larat Ummi, tido pun dah start tak selesa huhuhu

EDD insyaallah 14 Oct 2008, exactly 2 weeks after Hari Raya Puasa...sempat ke tidak raya nih..suspen je...

Umar----Dah boleh berjalan...makin penat nak mengejar sejak dapat kaki ni, gigi dah 7 btg 3 atas 4 bawah, tidur malam dah jarang mintak susu...

Syakir----makin bijak, vocab pun makin banyak, akal pun makin panjang...17 Ogos ni genap 4 thn..cepatnyer besar anak ummi nih....

one day, a short conversation between me and Syakir..

Syakir: Gemuknya perut Ummi ni...
Me: (Sambil menelek dpn cermin)..aahh kat dlm ni ada adik
Syakir: Adik?? adik Umar ke?
Me: taklah, adik lain...
Syakir: Camna dia nak kuar dr perut Ummi tu?
Me: ...I am speechless.....................uwaa camna nak jwb nih....

Moral of the story: byk2lah berfikir, train utk jwb soalan dr anak2 yg sedang membesar!!!!

29 May 2008

My 20th week of pregnancy

Alhamdulillah, this week genap 20 week usia no#3...

Pregnant kali ni dipermudahkan oleh-Nya, tiada morning sickness macam mengandungkan Syakir dan Umar dulu, selera makan ok, and now at my 20th week of pegnancy, I gained 4 kg already...

For this pregnancy, I have been prescribed with the aspirin to dilute the blood due to the previous history of my kids (both of them were delivered with weight< 2.5 kg).

Prof suspected maybe something wrong with my antibody, that's why the placenta cannot supply enough blood to the foetus.

I hope everything will be fine till the end of my delivery day..Insyaallah.

Estimated weight dah 300 g++ and semalam dah pergi scan ngan Prof Zaleha kat UKMSC, Insyaallah another brother to come out..ngehngehngeh..

Masa scan tu, tak expect Prof boleh nampak jantina coz sblm tu dah scan kat klinik biasa tak nampak..

tuptup bila dia cakap another boy, me and hubby bantai gelak sakan..entah apa yang lucu sgt pun tak tau..

but for me, seriously I can't imagine how the life will be after no#3 comes end of Oct...sure kalut punye dgn 3 hero!!!!!!!!!hahahaha

dalam kereta on the way balik, tgh dinner pun me and hubby still dok terkekek-kekek ketawa...

For me, boy or girl it doesn't mattter as long as sihat walafiat, cukup sifat and dipermudahkan oleh-Nya, dah bersyukur sangat...

So after this I already have 3M....hehehhe

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...