31 December 2009

Esok...pada waktu ini....

...Insyallah dalam perjalanan pulang ke kampung menemui Ayah dan Bonda tercinta...
oh! lamanye tak menjengah kampung halaman tercinta...
.
.
.
.
.
.
.
dan semestinyalah ini adalah scheduled entry, sekian terima kasih :D


30 December 2009

..........Y.E.S punye pasal la ni...!!!

Huhuhuh.....merasakan diri telah membuat perkara yang tak berapa nak waras masuk akal..
tak pasal-pasal pergi 'melabur' duit kat sini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


aci tak cakap stok kain utk raya tahun depan? :D
korang dah beli kain baju raye lum?

haiyooo cepat la kau pergi wahai Y.E.S !!!


~: Make Over!!! :~

salam u olls,
perasan tak rumah Yu.En. aku dah berwajah baru???
haaa jgn terkejut..bukan aku pun yg meng'make over' kannye...
ini semua hasil usaha gigih kawan aku kat Kuizikel.com
yg aku suka pasal banner baru ni adalah, dia akan bertukar-tukar secara randomized after new click ataupun lepas kita tekan butang F5 for refresh.
Kenapalah aku suka bazir duit buat benda ni padahal update blog bukan tiap-tiap hari
Kawan aku ni menawarkan khidmat mengecat blog dengan harga yang berpatutan..
so sape2 yang rasa nak menukar angin pakai langsir baru ka, nak cat umah baru ka..sila2 la ke sini ye..
so korang dah cat lum blog korang??/

p/s: tak best aaa nickname Yu.En tu....'aku' jugak yg best huhuhuh

28 December 2009

Cutest Baby of the Planet 2009



Nama : Muhammad Abid Zihni bin Helmi Shahid
DOB : 30 Sept 2008

Hari ini bersempena nak sambut tahun baru, Abid kena masuk contest 'Cutest Baby of the Planet 2009'

yang dianjurkan oleh Momsbloggerplanet

Tarikh tutup 10 Januari 2010...cepat la korang, join contest ni :D

so, check it out!!!


23 December 2009

Photography!!!!

Aku memang suka tgk gambar anak2...ye la mak mana yang tak suka ye dak?
Tp nak ambik gambar aku tak berapa pandai ler, tambah lagi takde kamera yg canggih tu ape ke benda, DSLR?
Haa yg tu..kalu setakat kamera hp boleh blah la kan..

So entry kali ni aku nak cerita pasal photoshoot yg available kat mesia la...
tp yg aku cite ni yg memang focus utk family, kids, baby photography je tau...
bukan nak menunjuk aku banyak duit pi hire photographer special ni,
infact byk photoshoot session aku grab masa depa buat offer :D

1st photoshoot dgn Milin Kassim from  Littlestori....
masa tu ade promo rm 250, 2 hrs photo session, unlimited shoot in CD,
ada photo binding album 4R 20 pcs....
berbaloi sebab aku dapat spent masa ni layan my kiddos main ball, bubble etc...
but at the same time ade org ambik gambar kita,
rasa cam erra fazira dlm Gugu Gaga Erra plak ngeeee mode perasan....
yg ni buat 2 x session sbb 1st session budak2 tak berapa sihat,
yg ni buat kat park near to PICC:...


yg 2nd session buat kat satu tempat kat Serdang, very near to UPM...
senang deal dgn Milin, tq Milin!
2nd photo shoot plak dengan Zubye from  Eyes Of Grace (EOG)......
yg ni aku grabbed end of year promo, rm 100 for 30 min photoshoot, dpt free 8R 1 pcs, unlimited shoot in CD....masa tu buat kat Tugu Negara Park....
gambar dengan Zubye tak dapat lagi, baru photoshoot hari Ahad lepas...

Selain 2 yg aku try kat atas tu, ade juga photographer lain.............
ni je yang sempat aku godek...

dan lagi

so if korang ade tahu mana lagi photographer yang buat utk family, kids, baby, maternity ni, just drop by kat comment tuh, nnt aku update...
bukan ape utk rujukan sendiri di masa depan cewah skema giler ayat.

So harapnye aku berpeluang plak tuk berphotosession ngan yg lelain tuh!!!
haruslah sentiasa mengadap laptop tunggu promo nih huhuhu...

p/s: agak-agak kan harus tak aku membeli seketul DSLR tuh??? hmmm berbaloi-baloi ke tak?????


22 December 2009

'Ceria SiAyah bersama Anak' Contest

Masuk contest lagi, kali ni 'Ceria SiAyah bersama Anak'  plak bagilah can kat bapak plak, asyik mak je interprem  yang dianjurkan oleh Fashah

so checklist syarat2nye:

1. Wajib menjadi follower Fasha dan sposor Pu3zdini (kalo salah sorang dikira tak lengkap ok..)-----> DONE
2. Add link Fasha ke dlm bloglist anda-------->DONE
3. Semestinya MENEPEK banner di sidebar blog kesayangan anda. Banner tersebut hendaklah di link dengan link ini.-------> DONE
4. Sesiapa yg nak join nie kenalah ada blog..klu x mcm mana nak nilai nanti..
5. Umur anak mestilah dari dah pandah senyum hingga 12 tahun..

Cara2
1. Upload 1 sahaja gambar aksi ceria si suami bersama anak anda.. klu banyak kang juling lak bijik mato mak cik ngan juri2 nak menilainyo..kihkihkih --------> DONE
Upload 1 gambar si ayah dan anak beramai2 pun boleh tp pastikan ianya CERIA..
2. Nyatakan nama si ayah + anak. Nama glamour je tau..x yah pjg@ buat ponek jo jari jemari menaip...hehehe-------> DONE
3. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog Fasha (no link back will be disqualified)------->DONE
4. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini"-------->DONE
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaa....inilah gambarnye, ceria tak???

Nama anak: Muhammad Syakir Zufairi
Nama bapa : Helmi Shahid

so you all yg nak masuk cepat2, tarikh tutup 30 Dis 2009 ni!!!

utk info lanjut klik sini k..

p/s: baru betulkan tajuk..rupanye terbalik ngeeee.... thanks Fashah bg 2nd chance :D

18 December 2009

~: 8 tanda seronok berkerja??? :~

Aku ada terbaca 1 artikel ni dalam majalah Mingguan Wanita, saja nak share ngan korang semua, 8 tanda seronok berkerja. Aku just ambik keypoint je. yg tulisan senget tu empunya blog sibuk nak komen

1. Datang awal ke tempat kerja
Anda tiba di tempat kerja awal dan tak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda seronok berkerja. Hmmm ade ke orang nak datang awal pastu tercongok kat depan pintu ni? aku memang datang awal, cumanye aku tak perlu tunggu depan pejabat sebab kunci bilik aku sendiri pegang, buleh?

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bagi yang seronok berkerja, kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula. A big NO to kerja lebih masa, kecuali dah terdesak sangat2, kalu x buat jugak harus kena buang kerja ke...haa yg tu aku stay la...

3. Wajah berseri
Jika seronok ngan kerja, setiap kali ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau muka anda masam mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai...korang camne? Ceria or masam mencuka? Nnt try godek ngan rakan2 sekerja...cam aku, pagi2 tu taklah ceria mana dan taklah masam mencuka sangat, kalu ada meter yang bleh ukur tu, agak2 50-50, buleh?
4. Bangga menceritakan tentang kerja
Anda bangga untuk memberitahu org lain di mana dan apa kerja anda lakukan..... Yang ni plak, aku jadi excited nak cerita lebih pasal kerja aku if bila awal2 aku mention nama institut aku, orang tu teruja mendengarnya, if not, sori la aku pun takde mood nak cerita okay...
5. Personaliti kemas
Pakaian menonjolkan siapa anda. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda...yang ni plak aku try sehabis mampu utk berpakaian kemas ye la anak dah 3 ni, nak berlipstick pun x sempat dah... And yes aku biasakan diri pakai kasut bertutup tp tumit taklah tinggi mana, NO sandal or kasut bertali2 tu, so far takde org komplen lagi ckp officer ni bla bla bla
7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lain.
Bg mereka yang seronok berkerja bukan saja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya tetapi sanggup offer untuk membantu menyiapkan kerja orang lain. Haaa? ...kalu macam ni aku ikut keadaan jugak, kalu ada colleague mintak tolong, aku tolong la mana yang mampu. If tak, takde la aku nak volunteer kan kerja sendiri pun berlambak ada hati nak tolong orang plak, blah la...

8. Mendapat gelaran workaholic
Selama mana anda tidak termasuk dalam tanda2 menjadi workaholic, eh apa tanda orang workaholic sebenarnye? anda masih boleh gembira dengan kerja anda. hehehe yang ni insyallah gelaran ni tak berani dekat ngan aku la...mak confirm okay!

So korang, seronok tak ngan kerja korang sekarang? Or nak tukar kerja lain ???:D


17 December 2009

~: Meja Kerja anda bagaimana?:~

Tahu tak korang bahawa meja kerja yang bersih dari kertas dan barang2 akan sangat membantu kita untuk lebih fokus pada apa yang sedang dikerjakan. Pekerjaan akan cepat selesai kerana pandangan tidak terganggu.

Ni meja kerja aku, time tak busy..


yang time busy tak sempat nak snap sebab tgh BUZY giler kan...


So meja kerja korang camne? kemas ke, bersepah?

16 December 2009

~: Bila masa korang berblog??? :~

Saya eh kejap saya, kejap aku...mana satu ni? nak tanya bila korang semua berblog? Maksud saya bila masa korang update blog, reply komen dari rakan bloggers yang lain, bloghopping ke blog kekawan...


Macam aku, aku selalunye akan tulis story dlm hp dulu nasib baik ade hp yg canggih tp tak berapa reti nak full utilize pastu aku akan transfer ke blog bila kat opis nanti. Selalunya aku memang masuk awal ke opis sebab turun dari rumah awal sebab nak hantar anak lagi, so selalu sampai opis, ada la lagi dalam 10 min, so aku akan masuk blog dulu la, if x update blog, aku bloghopping ke blog kekawan tercinta dulu sambil bfast depan lappy....so 2 dalam 1 la taklah rasa bersalah sangat pada rakyat malaysia kan sebab baca blog waktu kerja wakakakaka . Aku selalu dan kena disiplinkan diri berblog2 ni sampai 8.30 pg je, tu pun sambil bfast konon boleh blah lah. Then kalu lunch hour tak tido buat ape2, aku berblog la lagi...fb dah kena block hmmm kalu nak bukak secara haram pun, hanya boleh tengok je, nak reply or komen ke terus divert ke page lain haiyooo...ala2 FOR DISPLAY ONLY, NOT FOR TOUCH, ONCE BROKEN CONSIDERED SALE....ape2 la labu....

So korang plak, bila masa korang berblog?

Jawab jangan tak jawab :D

09 December 2009

Cik Mon Oh Cik Mon......!!!!



Hari tu ade kawan UN introduce suruh makan benda ni, Jus Monavie. Kawan Yu.En yg makan benda ni dah turun berat dia dlm 7 kg. And dia adalah peminat tegar berani mati terhadap jamu, tapi dah berhenti dan just minum jus ni je....Ia kaya dgn antioksidan... Harga dia rm Rm168 kat pasaran, tapi kalau beli banyak maybe dpt murah sikit..botol dia besar jugak 750 ml, 2 kali makan pagi dan petang. UN makan ni utk nak lower cholesterol level...maklumlah badan je slim mcm Cindy Kerepot tp chlosterol level boleh tahan tinggi...so harap ngam consume benda ni nak makan oat tekak ni banyak songeh plak kolesterol boleh la diturunkan....tak dapat nak bg review banyak cos baru 4 hari makan, cuma badan rasa ringan la, and banyak keluar angin...nnt bila dah lama sikit consume Yu.En bg review lg okay...

p/s: lepas ni nak bahasakan diri ai sbg Yu.En:D:D...ekeleh blah la byk songeh plak..

08 December 2009

"MOBS END OF YEAR CONTEST"

............dan lagi contest....tulis pun dah tah ape2 macam nak ke laut dah sume :D

turn reramai lagi..kali ni Best Family Photo Contest plak dianjurkan oleh malaysianonlinebabyshops



cepat cepat! prizes over 1.5 K to be won...tarikh tutup 28 Dis 2009, utk info lanjut klik sini

Pencarian Model Berkeluarga Contest

aduih la..memang tgh gila meroyan masuk contest....

kali ni turn reramai plak heheheheh....Pencarian Model Berkeluarga di anjurkan oleh Naman



so pada gambar diatas, baju belang2 hijau tu Muhammad Umar Zafran(no 2), yg baju hijau plain ialah Muhammad Syakir Zufairi (sulung) dan yg dipegang oleh umminyer itu adelah yang bongsu sekali buat masa ini...Muhammad Abid Zihni.....ape? tiga-tiga hero? yes...ketiga2 adalah hero and still waiting for the little princess in our family.

Gambar ni dirakam di suatu tempat di Serdang....masa mula-mula pergi macam tak cantik, tapi bila dah tgk gambar, subhanallah....cantik banget!!!!Biasalah, bila nak ambik gambar reramai ni mesti susah nak bg semua ready kan...esp anak no dua tuh....

so tarikh tutup 10 Dis ni..cepat2 ade masa lagi nih...utk info lanjut klik sini ye

Dengan nama Allah yang maha PEmurah dan Penyayang....insyallah menang phewittt!!!

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

aduisss masuk contest lagi....layan je la labu

kali in masuk Momsbloggerplanet: Cutest Baby photo Contest plak....bulan December 09 temanya ialah “Cutest Baby SMILING“......Abid punye turn plak:D



Nama : Muhammad Abid Zihni bin Helmi Shahid
DOB : 30 Sept 2008

Why you love to see your baby smiling???

................sebab bila Abid SENYUM..........bukan setakat mulut, dengan mata-mata sekali akan sepet jadi satu line gitu, cute right? eish geram je tengok macam nak cubit-cubit, gigit-gigit je....nyum nyum. Hilang penat balik kerja bila tengok anak2 senyum especially Abid ( abang-abang dia senyum cute gak tapi Abid paling cute ler. Kalau tengok betul-betul, Abid ni bila senyum akan nampak lesung pipi dia kat sebelah kanan... menurun dari ummi dia la ni

So kekawan jom reramai masuk MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest ni, tarikh tutp 15 Dis 2009...cepat cepat!!!!

Contest ni dianjurkan oleh


dan

dan juga

So here we go...mudah-mudahan menang, Insyallah....

02 December 2009

Baby with transport Contest


tak pasal2 hari ni gila kuasa masuk contest plak...

kali ni Baby with transport contest plak, dianjurkan oleh Umminabilah..layan je la labu hehehe



Nama : Muhammad Syakir Zufairi bin Helmi shahid
Umur : 1 thn 8 bulan (semasa gambar ini diambil...)

Syakir ni suka sangat naik kereta dia, tapi asyik tertonggeng ke belakang sebab tak stabil...kesian anak ummi...takpe nanti kita beli kereta yang lebih besar ok?

Ini syarat2 nye:

1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....DONE

2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...DONE

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...DONE

4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...DONE

5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima DONE

6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh? DONE

7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...DONE

8. terbuka kepada boy n girl k...DONE
9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...DONE

so contest ni bermula dari 15 Nov sampai 15 Dis 2009 je tau..so cepat-cepat!!!
Mari join reramai...maklumat lanjut klik sini.

Contest Simanja Berkaca Mata



kali ni giliran Umar plak....uis first time Umar nak masuk contest ni..try je la kot ader rezeki mana tahu kan kan kan :D

ok contest ni dianjurkan oleh Ummu Mishkah dan tema kali ni ialah Simanja berkacamata plak.Contest ni sampai 10 Disember..so ape lagi kekawan cepat2 hantar gambar, kalu takdak gambar balik ni pakai kan spek hitam kat anak and tangkap(??? apakah...)ler gambar hehehhe



Nama : Muhammad Umar Zafran bin Helmi Shahid
Umur : 2 thn 7 bulan

sape nak masuk contest ni senang je, takyah jadi follower pun....untuk info lanjut, klik sini ye kekawan...

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...