26 March 2010

~:Award dr cik Intan...ahaks..:~

percaya tak ini first time saya dapat award dr kawan2 blogger? ape tak percaya?
sila lah percaya ye kekawan :P


Award Bintang Popular Berita Harian 2009 Beautiful Blogger ini telah diberi
oleh Cikgu Intan Payung 
disebabkan ini adalah award yang pertama, maka saya tersangatlah terharu dan....apa2 je la
Thnaks again to Cik Intan : lap u muah muah muah :)

so rules bagi penerima award terglamour di abad ini adalah:

1. Thank and link the person that give you this award
2. State 7 things about yourself

rules dah cakap macam tu kan, kena lah reveal diri sendiri ahaks...:P

1. Saya sangat jeles dgn WAHM mcm CikYan kita tu, tp mengenangkan diri akan bertukar menjadi singa, tarzan, dinosaur dan apa2 saja yang seangkatan dengannya tidak mempunyai kesabaran yang tinggi bila berseorangan berhadapan dengan anak2, maka niat itu daku cancelkan :P
ye kawan-kawan....saya amat cuak dan risau kalau Encik Suami nak kena kerja weekend, sebab saya tak boleh nak handle ketiga2 HERO pujaan ramai saya tu..huhuhhu

2. Bila saya stress atau tension atau marah atau mengamuk dengan kerja atau seseorang berapa banyak atau daaa saya akan pergi 'membeli-belah ikut tingkap' aka window shopping  untuk mengembalikan keremajaan hormon saya ke paras yang normal :D
Dan saya akan pergi sorang2 :) kalu nak kena shopping betul pun saya tak suka berangkai2 dengan member...rimas la hahahaha

3. Saya anak jati Kelantan :P peace no war. tapi org 1st time jumpa mesti ckp saya sama ada org Selangor, Johor atau Perak ahaks...eish eish agaknya loghat saya ni standard bebenor ler gamaknya...sampai takleh nak detect bau budu tu ahaks...anyway saya bangga jadi anak jati Kelate. sape lagi satu kapal ngan saya, sila ketuk keyboard masing2 :D

4. Saya agak tak suka pakai perfume, cuma bila time malam2 ade majlis atau tetiba saya rasa saya nak wangi saya pakai la. Percaya tak, perfume yang saya dapat masa hantaran kahwin dulu pun masih ade lagi, dah nk masuk 7 thn u olls..jgn tak caya! org lain dok gila perfume, saya plak terbalik hahaha eh bukan perfume je tau, kasut hantaran kahwin pun elok lagi tapi yang tu sebab kaki dah tak muat sebab kaki saya kembang sebab saya bunting pelamin :D

5. Saya dah ade 3 HERO Melayu terakhir, jadi saya berdoa plak agar selepas ini dikurniakan Allah dengan HEROIN plak untuk menambah seri rumahtangga saya dan suami, Insyallah :tetiba mood serius plak:

6. Saya boleh cakap pada waktu umur sekarang (30 ++ an), saya nak mencuba segala mak neka aktiviti yang tak pernah terfifkir pun nak dibuat sebelum ni. Salah satunya la ni saya tengah ikut kelas swimming :P  dengan harapan 4th pregnancy dapat lah saya berjimba di kolam renang lepas ni boleh la saya ajar anak2 saya plak..

7. Last but not least, saya dah ketandusan idea la korang, camne? hehehe ape2 pun saya nak mengucapkan syukur diatas kurniaan Allah pada saya selama ni, dikurniakan suami yang penyayang, anak2 yang vogue sempurna sifatnya dan sihat, kerja dan ade pendapatan tetap so that boleh lah perabis duit kat Alamanda, dah beli rumah sendiri, sekali sekala dapat bercuti dengan family...

Last rules, saya kena bagi award ni pada 15 org blogger yg lain, so here we go...
1. NadiahSidek--- yang berada nun jauh di Nebraska
2. Nurul Izza-----juga berada kat Nebraska tu
3. Faz ----- yang jauh berada kat utara tu...
4. Maria -----yg tengah mabuk2 lagi tu, be strong dear!
5. As----yang berada nun jauh di mata Sabah
6. Nana -------old friend masa kat uni dulu hehehe
7. Eila ---yang akan pergi holiday tak lama lagi :nak ikut, bleh tak?:
8. Liana ----- yang hari ni malas nak mask tuh hahaha
9. Nelcyndana ---- salah sorang blogger yang akan ikut jejak langkah Cik Yan,
kuddos to you bebe!
10. Sharini ---- yg tengah berteka-teki pasal 'positif'....hihihicepatlah announce dear!
11. Cik Salwa ----yang tgh dok teman anak sakit kat hospital tu, muga cepat sembuh!
12. Dayah ----- yg tengah sibuk buat persiapan @ 33 weeks
13. Cik Kikin --- yang dah jarang update blog tu heeheh
14. Kui ----- yang dah 2 weeks tak update blog, ko sibuk ke? hehehe
15. Azura ---- my colleage yg akan pi sambung belajar kat Ireland, Good Luck dear!

so sape yang saya dah bagi award tu, sila lah buat assignment ye hahaha:D

15 March 2010

Must have in your car...!

Hand sanitizer

pic googled

ni salah satu benda wajib yang ade dalam kereta aku.
Senang dan mudah, kalu pegi mana2...shopping complex ke, taman ke budak2 kan suka pegang pegang, so dengan adanye benda ni bila masuk kereta semua org wajib pakai hand sanitizer ni...ianya tak perlu dibilas, senang kan?
tapi ada baca jugak yg hand sanitizer ni tak berapa elok, betul ke??


Wet Tissue

pic googled


Selain itu, yg wajib ada ialah wet tisu-senang kalu budak2 makan biskut ke coklat ke ambik benda ni dan lap terus..

Pampers


pic googled

Then, pampers...dah nama pun mak budak kan of course la kena standby pampers dlm keta.
Buatnye mak dia terlupa ingatan nk bwk pampers tak ke haru...
eh pernah jadi u olls :P...
kebetulan plak si kecik ni berak bocor sampai ke seluar semua.....dah tak pasal pasal kena membeli belah hohoho.

Satu lagi ialah beg kecil berisi toiletries...ada bedak, shower foam, ketip kuku,
cotton bud.

Kalu list En suami pulak, haruslah ade TnG, payung, pump angin (in case tayar pancit, bleh guna utk pam tayar sementara nak ke workshop tu)
eh ape lagi ek? nak kena balik check ni huhuhu

p/s: saya selalu potong kuku anak2 masa dalam kereta sebab masa ni je depa buleh duduk diam :D
saya tahu quite dangerous, jadi jangan tiru plak :P


10 March 2010

The Biggest Loser Asia?

sape tengok semalam, saya tengok sekerat jalan je, sbb Abid dah gomol2 ajak tido :P
 

masa Sarimah perkenalkan peserta2 yang tersingkir awal-awal tu, wah saya salute la kat Hafiz dan Garry tu, kurus giler seh!
Garry sempat lagi buat surprise kat wife dia, bagi bunga sambit berlutut, sebab sebelum ni dia tak boleh nak berlutut sebab gemuk.
so sweet!! :))
saya sempat ikut takat tu je, nak tunggu yg final 4 keluar dah tak tahan ngan gomolan Abid ahaks :P
pagi tadi bangun2 je, terus tanya En suami, sape menang?
dia cakap si David la...
kaya la mamat tu 100 USD tu, plus SUV Toyota Coleos (betul ke eja?)

tp serius ai tak berapa suka la ngan pemenang semalam tu sbb masa one of the episode he was so arrogant with the Blue Team member..
siap cakap lagi whatever it is dia tak akan undi Blue team member keluar.
Tapi  Carlo smash balik cakap suatu hari nanti you have to vote out one of the Blue Member Team.
At last jadi masa minggu penyingkiran antara Martha dan Tony, siap nangis lagi mamat ni.
Pagi ni bila baca blog Eila, dia ada letak gambor si David tu, serius kurus seh!
tapi kurus dia macam sakit plak huhuhu

Saya lagi suka Carlo :))
si Carlo bertambah hensem :D ape motif daaa...

Eh The Biggest Loser 2nd season tgh buat audition kan?

takde ke org nak buat The Biggest Gainers utk orang-orang underweight macam saya ni?? :D

08 March 2010

Jangan terbasuh duit anda!!!

kekawan, ingat jgn rajin sgt pi basuh duit anda terutamanye duit yg versi baru tu, kalu tak jadi cam gini ler :P
dapat thru email, saje nak share :))

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh
Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang
mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah
hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar
cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan

dan watermark sahaja.

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama
sekali.


Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa
tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di
upgrade versinya?


05 March 2010

:: SEDIH ::

:: Mood SEDIH::

semalam saya dan hubby jiwa kacau bila dapat tahu one of our close friends masa kat uni dulu telah kembali ke Rahmatullah.

إِنَّا للهِ وَإِنَّاْ إِلَيْهِ رَاْجِعُوْنَ ، اَللّهُمَّ أَجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا

Daripada Allah kita datang , kepada Allah jua kita kembali.

Arwah meninggal kerana fatality due to gas inhallation kat rumah dia akibat leaking dari supply gas utk heater. Gas propane (mcm gas memasak tu, if i'm not mistaken..)

Driver arwah yg jumpa, masa tu arwah dah terbaring di ruang tamu rumahnye.
Bila bawak pergi hopsitah doktor kata dah meninggal.

Arwah ni berkerja di Turmenikstan, baru pergi tahun lepas rasanye.
kat sana kan bekas jajahan soviet, tu yg kebanyakan rumah still pakai gas heater lg instead of electric heater.

Encik suami ckp arwah ni memang jenis tido 'mati'..maksudnye kalau kejut payah nak sedar.
 Masa minggu orientasi dulu memang tak akan sedar walau byk kali dikejut, so tunggu la dia bangun sendiri.
Agaknye masa kejadian ni pun, arwah tak sedar, tahu2 je dada dah sesak semua....bila nak berjalan keluar pun tak sempat dah..sampai kat living hall je.
Ya Allah! sayunye hati...

so for those yg duduk kat obersi tu, selalu la check your gas supply for heater ( kalu pakai elactric ok la..)
utk elak kejadian seumpama ini berlaku.

Propane Gas Heaters
1. Never use a gas oven or range top burners to provide space heating.
2. Never use portable gas heaters indoors unless they are designed and approved for indoor use.
Recommended to use electric heaters as an immediate remedial measure
3. Regularly check your appliance exhaust vents for any blockage. and proper ventilation


Carbon Monoxide
High level of carbon monoxide or exposure for an extended period can result in brain damage or dead. Some signs of improper appliance operation that can generate high level of carbon monoxide

1. Sooting, especially on appliances, vents and warm air registers.
2. Unfamiliar or burning odor (smell)
3. Increased moisture inside of windows.


Arwah meninggal 27 hb Feb lepas, dan telah selamat dikebumikan semalam di kampung halamanye di Kelantan.
Semuga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Alfatihah utk Allahyarham Ahmad Zakuan Ariff b Mat Amin aka Sick bay (nick name masa kat uni dulu).


01 March 2010

Anakku dah besar or Diriku dah tua??

hahahahah tajuk tah ape2 :P

Pagi tadi saya ke sekolah rendah berhampiran rumah utk register Syakir sekolah tahun depan.
wah wah wah punye la lama tinggalkan zaman sekolah...dah 20 thn baru jejak semula :D
1st time masuk pintu depan sekolah tadi,
wah kenangan silam menjelma la plak (wpun bukan sekolah yg sama ngan saya dulu tp riuh rendah bilik darjah tu betul2 menggamit memori..
wah ayat tak boleh blah )
sedikit emo di situ..
ye kekawan, saya teringat zaman2 persekolahan saya dolu2 :P
how time flies so fast kan?
ni nak register anak plak, macam tak percaya :P

tadi masuk dok melilau mencari pejabat am, mata terlihat la beberapa signboard seperti

'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' dan

'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU'

wah punyelah strict sekarang ni kan, sampai kita tak boleh dah nak meninjau2 anak2 kita dlm bilik darjah.
Memang macam ni ke kat semua sekolah, ke kat bakal sekolah anak saya je ?
cikgu Intan, sila bagi komen ok :D

saya teringat zaman saya kat sekolah rendah dulu,
bapak saya siap boleh datang ketuk tingkap kat tepi bilik darjah saya je utk bagi duit poket (sbb saya asyik lupa nak ambik :P).
senang la sbb memang meja saya kat tepi sekali, tp of course la masa selang antara waktu belajar/ time rehat je.
tp kalu nak buat macam ni sekarang ni dah tak boleh lah kan?
ohh haruslah tak boleh nyanyuk dah utk ingatkan anak bawak duit
poket ke sekolah hohoho....

btw bercerita pasal duit poket ni, u oll yang dah ada anak sekolah,
berapa henggit kome bagi ek?
kalau dolu2 mak saya bagi 60 sen je, tp cukup utk saya melahap membeli
nasi berlauk sepinggan (30 sen), karipap seketul (10 sen) dan air milo segelas (20 sen) :)).
tp kalau sekarang apa boleh dapat 60 sen tu kan kan kan?
haruslah kena bagi 1.50 at least...hmmmm :(

hohoho anakku dah nak start sekolah, dah tua aku rupanye besar dah anakku itewwwwwww.......

atau dengan kata lain yang tersirat, diriku semakin berharga tua huhuhu

haruslah menepek gambar subjek cerita kan kan

Muhammad Syakir Zufairi aka Abang Long :))

p/s : yg signboard no 2 tu sy takleh nak bg komen kenapa dan mengapa ia wujud?
utk elak parents direct terus gi jumpa cikgu kalau ada kes denda or dera pelajar kah????

sekian entri dr saya yg still lagi konfius... 



Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...