27 February 2019

MARDI Cameron Highland


Awal cuti sekolah hari tu, saya pergi cuti-cuti  Cameron dengan family, maa dan adik beradik yang lain. Dah lama tak pergi sana, last sekali pergi rasanya masa 1st year kat universiti dulu, tu pun x ingat stay kat mana. Tapi kali ni kami stay di Mardi Cameron Highland, sewa english cottage 3 bilik.


English cottage ni ada 2, yang 3 bilik atau 2 bilik. So harga lain sikit la.  Sesape yang nak tahu boleh call MARDI Cameron Highland ok.


So english cottage ni ada semua benda, bawak baju je pergi. Ada tempat barbeku kat luar, boleh barbeku reramai ngan family. Beli ikan dan seafood siap2 dari bawah. Kat atas sana takut mahal dan tak fresh.


Ni dapur, siap segala benda ada-pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, peti ais, pisau, senduk, dishwasher...panjang kata semua la, korang bawak badan dan baju2 nak pakai ja. Ni ruang tamu, ada tv dan sofa empuk, sangat cozy, sampai tertidur-tidur la kena ambik gambar candid ngan mr apek hahaha.


Ni plak master bedroom, dan lagi 2 bilik, best kan? Memang best korang, tambah lagi sejuk kat atas tu, tidur macam tak nak bangun ja. Kebetulan masa pergi hari tu, ada match bola Malaysia dan Indonesia utk pingat emas sukan SEA. Dah semua takmo keluar makan, so kami-kami para chef ni kenalah masak kat runah. So apa kami masak?


Jeng jeng jeng....beli durian, beli pulut dan santan kotak kat kedai runcit...nah kami layan pulut durian sambik tengok bola...wallah sedap giler ah. Sambil tu rebus jagung jugak, memang terbaik la korang. Tambah terbaik lagi bila kita menang emas sukan sea. Macam nak pecah banglo tu, kata mak saya.


So korang, apa lagi cepat-cepat call MARDI Cameron Highland ok, book utk cuti sekolah bulan 6, cuti sekolah bulan 3 confirm dah fully booked. 

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...