12 June 2009

hmmmm....blog ke tak blog???


ape punya tajuk la LOL:

aku selalu bertanya pada diri sendiri untuk apa sebenarnye aku berblog ni? adakah sekadar mengikut trend sekarang ni yang semua org mempunyai blog? atau sekadar suka-suka takde kerja....ekekeke

aku suka bila time pagi2 aku datang kerja especally bila hari isnin ka..ya ampun punya la malas..
tp bila bukak laptop and then bloghopping ke blog kawan2 seperti ini, ini dan ini... yang lain jangan kecik hati ye......ya ampun kadang rasa nak pecah isi perut aku wei...kekadang cerita tak lawak mana pun tapi the way cerita itu diceritakan oleh empunya blog masing2 tu yang buat aku tersenyum depan laptop..sampaikan kawan2 opis aku tertanya apa la yang tak kena ngan minah ni kan, sewel ke ape LOL..

as for me, aku nak menulis tapi tak reti boleh? banyak benda dalam kepala tapi bila dah kat depan laptop, lost terus akakaka... merapu plak dah petang2 hari ni....
p/s: mintak maaf gambar tiada kena mengena dengan isi cerita ekekeke

20 May 2009

precious moment....

had a precious moment with my family....held at one of the park very near to PICC..
dah lama janji nak buat photoshoot ni tp asyik tangguh coz bebudak tak sihat sangat....

photo credit to Milin

















27 April 2009

Puasa ganti, anyone???

hehehe start mengqada puasa yg ditinggalkan selama sebulan...ye sebulan ye kawan-kawan...jenuh mak nak mengganti kihkihkih.
1 bulan tinggal puasa dan akhirnya meletup pd 30 ramadhan.....
so dah kira2 kalu start ganti dr sekarang hari isnin dan khamis every week, sempat la kot sblm puasa tgh bulan 8 nanti (err sempat ke??)
tang nak bgn sahur tu keras kejung je rasenya..aduhai

23 April 2009

Betul ke tidak?

korang, nak tanya sikit...

u all sebelum letak nama anak2 ade tak tanye ustaz ke, sape2 yg arif dlm agama samaada sesuai ke tak ngan anak kita..
cos mcm ni 1 big issue timbul apabila my 2nd son asyik tak sihat je...demam, batuk, selsema..berulang2 and dia yg paling teruk if compared to abang n adik dia..
so one day our bsitter pop out the issue that nama dia tak berapa serasi ngan tuan empunya badan...my second son nama dia Umar Zafran tp in real bdn dia kecik halus je, so takut that name is too heavy for him....
then balik rumah i ckp kat hubby....hmmm confused kita org..

so frens bg feedback ok....

22 April 2009

Pesta Buku 2009

ye....semalam saya telah berkunjung ke Pesta Buku 2009 kat PWTC.

Asalnye nak survey buku for my research centre, but then sambil2 tu usha la buku for kiddies jugak...

cuma sayang sebab tak bawak cash banyak2.....huhuhu


so i bought this..
dan juga beberapa majalah home deco yg agak murah :p

02 April 2009

I am back...............yesss

at last.....akhirnya aku berjaya merajinkan diri utk update blog yg dah tahap bersawang ni...hihihi

takde ape nak cite, just nak tunjuk gambar hero-hero i jer..ok layan...................

Syakir---my 1st hero

and my 2nd hero....Umar


and introducing our new gang.....ahaks...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muhammad Abid Zihni




20 August 2008

Placenta Previa







I have been diagnosed with Placenta Previa stage 2 when I had my routine check up at UKMSC.....aiiyooo banyak takut lorr!!!

So speechless actually, but Dr advised to take more precaution...

takleh angkat benda berat, jgn byk jalan bla bla bla.....

the most important thing is whenever there is a bleeding, kena cepat2 pergi ke hospital....

So just to share what is Placenta Previa all about...


Apakah jenis-jenis plasenta previa?
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

  • Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  • Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  • Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
    Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
  • Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.
Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi:

  • Wanita berumur 35 tahun ke atas.
  • Kehamilan kembar.
  • Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
  • Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).
    Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran.
Gejala yang lazimnya berlaku ialah:


  • Pendarahan faraj yang tidak sakit.
  • Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
  • Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:
  • Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
  • Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
  • Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
  • Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.

Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku:
  • Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
  • Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
  • Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
  • Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya timbul keperluan untuk pemindahan darah.
  • Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena (IV) di lengan anda.
  • Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari masa ke semasa.
  • Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.

Hopefully everthing will go back to normal, if not I have to go for Caesearean Operation.....Ya Allah, tolong lah hamba mu ini...



Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...