16 September 2009

Nak wish gak....

Just nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua kekawan....

Have a safe journey everyone...

p/s: thn ni raye mana dulu, kg sendiri or kg hubby?

28 July 2009

Umar oh Umar

Just nak tempek gambar umar ngan spect mak dia ...ni masa on the way balik kerja semalam. Masa ummi dia dok sibuk bawak keta macam nak race, dia dok sibuk ngan projek kat belakang...pandai plak tu sangkut kat telinga yang capang sejengkal tu hehehehe




15 July 2009

Homeopati vs Hellopati

Pernah tak pegi klinik or berubat cara homeopati? i think homeopati ni quite good jugak la. Before this my kids memang asyik ulang alik klinik and hospital je, and on antibiotik memanjang hinggalah suatu hari my MIL bawak my eldest son tu pegi klinik homeopati kat area setiwangsa. it works la...my kid serasi ngan ubat homeopati ni...then lepas tu i bawak jugak adik2 dia pegi klinik homeopati tu jugak...ubat dia kecil2 je besar putik mancis tu and diisi dlm bekas 2 comel gak..my kid nak makan pun senang je, tak yah nak paksa2 kerjakan macam selalu depa ingat gula2 coz rasa dia cam manis glukos tu. umar pantang nampak je mesti nak, pantang nampak nak bagi kat abang or adik dia, dia dah siap hulur tangan hehehe...smlm dah selamat aku buat operasi lupus ubat2 klinik n hospital, tinggal yang tak bukak lagi je. Macam farmasi kan gayanye, ubat bukan main banyak, ya ampun !!!!


comelkan bekas-bekas dia, nak bawak dlm handbag pun senang...tp senang plak la nak hilang hehehe


yang putih ni untuk kids, yang kuning tu utk org dewasa...

anyway ni ade sikit info pasal homeopati, dari pakcik google ler sape lagi kan...

Apakah Homeopathy

'Homeo' bermaksud persamaan manakala 'Pati' rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan prinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'


Ada 6 perinsip asas homeopati:-

1. Ujikaji Terhadap Manusia Sihat.Semua ubat-ubat homeopati wajib menjalani ujikaji ubat-ubatnya terhadap manusia sihat dan bukannya ujikaji keatas haiwan seperti mana perubatan lain, kerana bagi pendapat ahli-ahli homeopati,"Hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, layak diberikan kepada manusia"

2. Dos Tunggal.Semua ubat-ubat yang hendak diberi kepada pesakit wajib diberi dalam dos yang tunggal dan tidak boleh diberi dalam dos yang banyak atau banyak ubat dimakan dalam satu waktu. Ini untuk mengelakkan kesan sampingan.

3. Dos Minima.Semua ubat-ubat hendaklah diberi dalam dos yang paling minima. Dos yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan manusia.

4. Tenaga Hayat.Sihat dan sakit bergantung kepada tenaga hayat seseorang orang.

5. Arah Penyembuhan.Arah penyembuhan ubat hendak mengikut semulajadi dan tidak bertentangan antara satu sama lain.

6. Wajib Serasi.Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja boleh menyembuhkan setiap penyakit atau dikelani sebagai 'Similia Similibus

PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh pengguna apabila mengambil rawatan homeopati bagi mengekalkan keberkesanan penawar. Antara pantang larang itu ialah ;

1. Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.

2. Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.

3. Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan - bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.

4. Ubat - ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau - bau yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas - kemas setelah digunakan.

5. Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.

6. Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.

7. Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.

8. Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi bahan dadah dalam masa rawatan.

9. Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.

10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.

utk info lanjut boleh baca kat sini dan sini

if nak cari klinik homeopati yang berdekatan dengan anda, sila ke sini

p/s: nama hellopati tu dr yg i jumpa tu suka2 bagi nama,refer to perubatan moden with all the drugs..hehehe



Rambut afro??

Korang jangan tergelak plak, sbb ade plak manusia yg dikurniakan rambut nipis dan cantik tetiba nk sgt rambut dio tebal cam rambut afro tu, cthnye mcm mamat kat bawah ni:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebelum

.

.

.

.

.

.

.


selepas



p/s: nampak tak muka poyo Syakir...bad mood lepas kena marah sbb berebut dgn Umar hehehe




18 June 2009

Health sceening ladies...!!!!!!!!!!!!!

Setelah puas survey semua hospital yang ada kat Malaysia ni berdekatan ngan tempat kerja aku ni, akhirnya KPJ Kajang gak yang terpilih...hehehe disebabkan oleh apa???
inilah penyebabnya:
1. Yang terdekat ngam opis, so that senang aku nak lari marathon jap hehehe
2. Yang offer pakej yang hampir meliputi semua test yg patut diambil tetapi dengan harga yang sedikit murah. Hari tu sebelum decided nak pergi sini, ada juga survey kat sini dan sini, tp reject atas faktor lokasi.



So mari kita lihat test ape yang aku buat:
blood test (errr ade 21 result semua antaranyawhite blood cell count, platelet count, bla bla..)urine test, diebetes screen, thyroid funtion, liver function, lipid profile, pap smear(yg ni aku request nak buat ngan gynae pompuan, if MO kita tak tahu dr laki ka pompuan...)
aku mintak nak scan dan mammogram tapi mesin scan rosak plak dan mammogram hanya untuk 40 dan keatas dan jika ada history dalam family baru dia buat wpun tak sampai umur 40...dan lagi satu sebab masih menyusu jadi kelenjar susu masih lagi aktif, nanti buat mammogram kan ada susu keluar memancut dengam jayanya hehehe

so kul 8.30 pg aku dah tercegat kat kaunter pendaftaran, register semua, timbang berat...oh harus diingatkan ye kita kena puasa start dari pkul 12 mlam sebelumnya ye puan puan so perut memang tengah berbunyi lagu ghazal untuk rabiah waktu ini...proceed dengan ECG test then sambung dengan ambik urin dan darah...yeay lepas ni boleh makan...dia org sediakn light refreshment tau...nasi goreng dan kuih muih...apa lagi melantak la kan dah memang lapar tahap gaban dah...pastu proceed buat pap smear, pastu buat physical examination ngan physician...dia check semua mata, telinga, perut, tangan dan kaki. So ambik masa half day jugak la nak siapkan test2 tu semua..Another week ada appoinment datang ambik result dan explanation dari dr la. So far semua ok kecuali kolesterol aku tinggi sedikit iaitu 5.4, patutnya <5.2..

p/s:any tips nak kurangkan kolesterol??:)
p/s: just spent about rm 400++ for this health screening, berbaloi kan?
p/s: thanks to CY yg ajor nak buat ayat potong2 tu..err paham ke?


12 June 2009

hmmmm....blog ke tak blog???


ape punya tajuk la LOL:

aku selalu bertanya pada diri sendiri untuk apa sebenarnye aku berblog ni? adakah sekadar mengikut trend sekarang ni yang semua org mempunyai blog? atau sekadar suka-suka takde kerja....ekekeke

aku suka bila time pagi2 aku datang kerja especally bila hari isnin ka..ya ampun punya la malas..
tp bila bukak laptop and then bloghopping ke blog kawan2 seperti ini, ini dan ini... yang lain jangan kecik hati ye......ya ampun kadang rasa nak pecah isi perut aku wei...kekadang cerita tak lawak mana pun tapi the way cerita itu diceritakan oleh empunya blog masing2 tu yang buat aku tersenyum depan laptop..sampaikan kawan2 opis aku tertanya apa la yang tak kena ngan minah ni kan, sewel ke ape LOL..

as for me, aku nak menulis tapi tak reti boleh? banyak benda dalam kepala tapi bila dah kat depan laptop, lost terus akakaka... merapu plak dah petang2 hari ni....
p/s: mintak maaf gambar tiada kena mengena dengan isi cerita ekekeke

20 May 2009

precious moment....

had a precious moment with my family....held at one of the park very near to PICC..
dah lama janji nak buat photoshoot ni tp asyik tangguh coz bebudak tak sihat sangat....

photo credit to Milin

















Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...