09 September 2011

Gila photoshoot

 Kan saya dah bagitau yang saya memang suka ber'photshoot'.....ngeeee.
Ini deal terbaru yang saya beli dari MilkADeal...suka...

RM95 instead of RM500 for 1 Whiteroom Photography Session at The Photolicious, Pandan Jaya [81% OFF]

Unlimited Number of Shots in High Resolution
  • Mummified
  • Wacky

So kalau korang nak beli kupon macam saya ni jugak, boleh klik SINI

p/s: tengah fikir nak pakai baju tema color ape...nak bawa props ape ngeeeeeeeeeee, any suggestion?

22 July 2011

Corelle !!!!

UP

Assalamualaikum semua...

dah lama bertapa dalam gua, tetiba rasa nak jual corelle pulak hahaha :P

ok la saya tak nak merapu meraban buang masa kekawan semua, saya ada 3 set Corelle original dr US....saya konon-konon hari tu nak buat koleksi pinggan mangkuk cik kiah la, so memborong la dengan sakan ahaks...sekali bila barang dah sampai, dah tak cukup tempat nak simpan uwaaaaaaaaaaaaa. so saya nak let go kepada sesiapa yang berminat ye, brg still dlm original packing :)..so apa lagi cepat rembat utk buat pakai hari raya nnt  (puasa belum, dah sibuk raya haihhhh) hehehehe



Pretty Pink - 1set -RM 380/ set -- SOLD



Mandarin flower -ada 2 set, RM 380 RM 360/ set --- tinggal 1 set sahaja lg

Oleh sebab saya ni malas nak memunggah pinggan mangkuk ke Pej Pos/ Courier, saya lebih prefer sesapa yang nak beli self-collect di rumah saya (kat mana nnt saya inform bila dah confirm nak beli) atau pun boleh janji jumpa kat tempat2 dalam kawasan seperti: Serdang, B.B.Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Nilai.

Tp let say la kan...... memang minat dan nak sangat-sangat, saya akan gagahkan diri ke Pos Office/ courier jugak, jangan risau :)

Interested?  email me : sriledang [at] yahoo.com

tatatititutu

28 March 2011

Azan sebagai terapi

Beberapa hari lepas dengar Warna Pagi di IKIM fm, topik nye ialah azan sebagai terapi kepada manusia.
Picture googled

Penceramah tu bagitau suruh kita pergi satu tempat lapang, tanpa pakai selipar atau kasut, kaki mesti direct cecah tanah sebaiknya tanah liat atau tanah pasir pantai untuk tujuan pembumian arus negatif. Then laungkan azan sekuat hati, jika segan sebab ramai orang cukup sekadar kita laun dalam hati je. Dengan setulus hati, rasakan ion atau energi negatif akan mengalir keluar dari tubuh. Malam itu cuba perhatikan kita akan tidur dengan nyenyak hasil pengeluaran energi negatif tadi. Cubalah semua.
pssssst: suka dengar IKIM fm sekarang, banyak info berguna :)

26 March 2011

IKIM fm

Sekarang ni suka sangat dengar radio IKIM fm on the way pergi dan balik keja. Dari dengar lagu-lagu yang buat telinga bingit, baik la dengar lagu-lagu yang 'very soothing'...bak kata orang menenangkan  jiwa gitu hehehe. ke seiring dengan peningkatan usia? ke aku yang tua... yang tak ikut perkembangan semasa.

Salah satu rancangan yang saya suka dengar  adalah Keluarga Sakinah' yang ke udara (skemanya ayat ngeh ngeh ngeh) setiap Isnin masa 5.15 -6 ptg. Penceramah tetap ialah Prof Dato Dr Sidek Baba, profesor terkenal di UIAM.

Up to now, dah 6 ke 7 kali dah saya sempat ikut rancangan ni, so far best saya suka. You all kalau berminat nak mendengar rancangan yang lepas-lepas, boleh download di sini http://mp3keluargasakinah.wordpress.com/.

Tak rugi, banyak ilmu dan manfaatnye terutamanya dari segi parenting contohnya macamana nak mendidik anak-anak yang sedang membesar. Haaa tajuk Isnin depan ialah 'Menyayangi mertua'......so jangan lupa semua. Kalau di Lembah Klang, 91.50 fm (ke 91.20???). kalu tempat lain, saya tak pasti la plak hehehe.

25 March 2011

Lawatan ke Bread Town High 5

Beberapa minggu lepas ada technical visit ke kilang. Salah satunya ialah kilang roti High 5. Roti high 5 ni dikilangkan oleh Silverbird Company dan terletak di Shah Alam. Dia ada bread town yang menceritakan sejarah asal usul roti. 

Selain factory tour kat area processing, kat bahagian luar tu juga ade interactive game dan jualan souvenir. Sori kat processing area tak dibenarkan ambik gambar huhuhu. Kalau utk budak sekolah saya rasa quite fun la. So macam Syakir dia excited la dpt tengok macamana roti dibuat. Paling lucu bila dah sampai kat packing area, Syakir melompat excited bila melihat lautan roti yang sudah siap dipack dan menunggu utk di hantar ke kedai kedai..

 Syakir excited main game
 Lukisan purba zaman Mesir
 Tempat jualan souvenir
 Tempat jualan produk dr Silverbird.
 Syakir pose dengan roti gergasi
Sebelum keluar, dapat goodies bag berisi segala jenis roti :P

Tiket masuk utk dewasa rm 15 dan utk budak plak rm 13, sikit je kan beza dia? So u all, bawak la anak anak anda berjalan jalan ke bread town ni, tak rugi.

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...