Showing posts with label Oversea trip. Show all posts
Showing posts with label Oversea trip. Show all posts

24 October 2011

Bersiap sedia

Saya sedang dalam mood bersiap sedia...eh bukan nak gi medan perang. Siap sedia untuk gi training kat obersi tu. So far pakaian semua almost settle..jaket 3 helai, jeans 4 helai, kasut 2 pasang dan yang lain-lain tu mcm biasalah. 

Makanan plak dah beli yang dah ready to eat, tapi hari tu memborong di c4 je, so tak banyak choice. Nanti nak pergi beli terus kat kilang yang buat produk brahims tu, harap-harap adalah. Ubat talian hayat juga telah diborong di farmasi hahahaha....bukan apa, dr cuak nak makan ubat sana, baik lah spare siap-siap dari sini kan :)

Segala mak neka ubat: minyak cap kapak, pil chi kit teack aun, ubat batuk pil, minyak mestika. panjang kata semua la....serius risau ok takut jatuh sakit kat sana.

27 September 2011

Training oversea...:)

ok ini first time nak gi training kat over sea..so saya memang nerves ok :P. Hari ni ni saja kalut dengan urusan renew pasport kat  imigresen dan visa kat China Embassy. Letih rupa-rupanya nak settlekan urusan urusan ni, tapi memikirkan nak gi oversea tu, tabah je la wahai hati huhuhu.

Saya dah lama tak hapdet blog (tetiba keluar sebagai penjual corelle atau promoter gambar sajo ahaks)...tapi kali ni saya gagahkan jugak nak update blog sbb nak catit (skemanya ayat huhuhu) experience saya nak gi oversea ni.

So tadi dah communicate dengan organizer kat sana, dia kata weather dlm 10-18 deg C...so sejuk la jugak kan kan kan? So saya dengan super pantas dan berdesup terus men'survey' baju-baju yang boleh dirembat untuk dipakai kat sana, kata dapat elaun baju panas kan.....



cantik tak korang? errrr baju tu, bukan amoi tu :P. yg ni grey colour, tp saya rembat yang black colour macam kat bawah ni.



cantik tak? 

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...