05 December 2011

Brahim's

Sebelum pergi Beijing hari tu, saya sempat pergi Dewina Food Industries, kilang yang keluarkan produk Brahims tu. Kilang dia terletak kat Sekyen 9. Kalau nak pergi, lepas Masjid Hasanah tu, terus belok kanan kat traffic light tu, then masuk kiri ke lorong yang ke-2, kat hujung jalan tu ada kilang dia belah kanan. Errr paham tak saya bagi direction? kalau tak faham, pandai2 la gugel sendiri. 


So sampai je kat kilang tu, saya terus naik ke office dia jumpa En Mansur, Pengurus Pentadbiran ka Dewina Food. Saya dah buat appoinment siap-siap siap sebelum tu, so boleh la depa siap-siapkan produk yang kita nak.

 Antara produk keluaran Brahims

 Sambal ikan bilis, rendang lembu dan ayam, kari ayam dan daging.


Antara bekal saya.

Banyak juga la saya memborong sebab harga dia quite cheap la kalau nak compare kita beli kat hypermarket/ supermarket....of course la kan.

 Senarai produk RTE dan juga harga if beli kat kilang

Produk Brahims ni produk ready to eat (RTE), so kita cuma perlu panaskan dalam microwave atau rendam dalam air mendidih selama 3 min. Siap! Rasa??? Not bad, sedap la jugak, sambil-sambil hilang rindu masakan Malaysia kat tempat orang ahaks. Daripada makan masakan depa yang tah apa-apa tu kan, baik la bawak Brahims ni. Tapi so far yang saya tahu kalau bawak gi China, Europe lepas la kat kastam tu tapi kalu Australia, confirm kena buang. So takyah la bawak dari awal.

pssssssstttt: sapa nak pergi beli sendiri dan nak contact number En Mansur (Penyelia Pentadbiran), do email me ok @ sriledang [at] yahoo.com

27 November 2011

Kenduri-thon dan Gula-Gula-thon

Aktiviti hujung minggu adalah hadir kenduri kahwin. Hari ni saja ada 3 kenduri yang perlu dihadiri, makanya mak pak kenduri-thon, anak-anak pula gula-gula-thon sebab dapat doorgift gula-gula...haihhhh. Non-stop ok makan gula-gula.

Bila sebut saja pasal kenduri atau bahasa tepatnya walimatul -urus, saya akan cuba hadir setiap walimatul-urus yang dijemput. Kalau takleh hadir pun, saya akan beli hadiah dan bagi kemudiannya. Taklah segan sangat bila jumpa orang yang menjemput tu kemudian nanti... :)

So hari ni mewah nasi minyak, mewah juga dengan gula-gula hikhikhik.

24 October 2011

Bersiap sedia

Saya sedang dalam mood bersiap sedia...eh bukan nak gi medan perang. Siap sedia untuk gi training kat obersi tu. So far pakaian semua almost settle..jaket 3 helai, jeans 4 helai, kasut 2 pasang dan yang lain-lain tu mcm biasalah. 

Makanan plak dah beli yang dah ready to eat, tapi hari tu memborong di c4 je, so tak banyak choice. Nanti nak pergi beli terus kat kilang yang buat produk brahims tu, harap-harap adalah. Ubat talian hayat juga telah diborong di farmasi hahahaha....bukan apa, dr cuak nak makan ubat sana, baik lah spare siap-siap dari sini kan :)

Segala mak neka ubat: minyak cap kapak, pil chi kit teack aun, ubat batuk pil, minyak mestika. panjang kata semua la....serius risau ok takut jatuh sakit kat sana.

27 September 2011

Training oversea...:)

ok ini first time nak gi training kat over sea..so saya memang nerves ok :P. Hari ni ni saja kalut dengan urusan renew pasport kat  imigresen dan visa kat China Embassy. Letih rupa-rupanya nak settlekan urusan urusan ni, tapi memikirkan nak gi oversea tu, tabah je la wahai hati huhuhu.

Saya dah lama tak hapdet blog (tetiba keluar sebagai penjual corelle atau promoter gambar sajo ahaks)...tapi kali ni saya gagahkan jugak nak update blog sbb nak catit (skemanya ayat huhuhu) experience saya nak gi oversea ni.

So tadi dah communicate dengan organizer kat sana, dia kata weather dlm 10-18 deg C...so sejuk la jugak kan kan kan? So saya dengan super pantas dan berdesup terus men'survey' baju-baju yang boleh dirembat untuk dipakai kat sana, kata dapat elaun baju panas kan.....



cantik tak korang? errrr baju tu, bukan amoi tu :P. yg ni grey colour, tp saya rembat yang black colour macam kat bawah ni.



cantik tak? 

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...