21 August 2020




Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar? 
=========

Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan lebih mudah timbul garis halus dan kedutan pada permukaan kulit. 

Apakah punca kulit kering?

Mari kita teliti antara punca utama : 

✔️Faktor Genetik
✔️Kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil.
✔️Jangkitan kulat pada kulit wajah
✔️Kurang pengambilan mineral dan minum air menjadi punca kulit kering kerana hidrasi
✔️ Kurang Nutrisi daripda sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya vitamin A, C, E, B2.
✔️Menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai. 
✔️ Kurang pengambilan protein untuk menghasilkan sel-sel kulit baru. 
✔️ Kurang pengambilan lemak baik seperti Omega 3

Nak tips cara atasi kulit kering? Follow saya ya! 

#TipsCantik
#shaklee
#shakleebangi #shakleeserikembangan #shakleekotawarisan #shakleeputrajaya #shakleecyberjayaputrajaya #shakleecyberjaya #shakleenilai #shakleekotawarisansepang 



27 February 2019

MARDI Cameron Highland


Awal cuti sekolah hari tu, saya pergi cuti-cuti  Cameron dengan family, maa dan adik beradik yang lain. Dah lama tak pergi sana, last sekali pergi rasanya masa 1st year kat universiti dulu, tu pun x ingat stay kat mana. Tapi kali ni kami stay di Mardi Cameron Highland, sewa english cottage 3 bilik.


English cottage ni ada 2, yang 3 bilik atau 2 bilik. So harga lain sikit la.  Sesape yang nak tahu boleh call MARDI Cameron Highland ok.


So english cottage ni ada semua benda, bawak baju je pergi. Ada tempat barbeku kat luar, boleh barbeku reramai ngan family. Beli ikan dan seafood siap2 dari bawah. Kat atas sana takut mahal dan tak fresh.


Ni dapur, siap segala benda ada-pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, peti ais, pisau, senduk, dishwasher...panjang kata semua la, korang bawak badan dan baju2 nak pakai ja. Ni ruang tamu, ada tv dan sofa empuk, sangat cozy, sampai tertidur-tidur la kena ambik gambar candid ngan mr apek hahaha.


Ni plak master bedroom, dan lagi 2 bilik, best kan? Memang best korang, tambah lagi sejuk kat atas tu, tidur macam tak nak bangun ja. Kebetulan masa pergi hari tu, ada match bola Malaysia dan Indonesia utk pingat emas sukan SEA. Dah semua takmo keluar makan, so kami-kami para chef ni kenalah masak kat runah. So apa kami masak?


Jeng jeng jeng....beli durian, beli pulut dan santan kotak kat kedai runcit...nah kami layan pulut durian sambik tengok bola...wallah sedap giler ah. Sambil tu rebus jagung jugak, memang terbaik la korang. Tambah terbaik lagi bila kita menang emas sukan sea. Macam nak pecah banglo tu, kata mak saya.


So korang, apa lagi cepat-cepat call MARDI Cameron Highland ok, book utk cuti sekolah bulan 6, cuti sekolah bulan 3 confirm dah fully booked. 

02 August 2012

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua la kita kembali..

Alfatihah untuk arwah cousinku dan his wife yang telah kembali ke pangkuan Ilahi kerana kemalangan jalanraya pagi semalam di Keramat. Sesungguhnya, kehilangan kaum keluarga terdekat terutama dibulan ramadhan yang mulia ini benar2 meruntun hati dan perasaan. Suatu ujian yg sangat berat untuk ditempuh namun kami rehda ya Allah. Semoga kedua ibubapa arwah dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian yang maha hebat ni.

Alfatihah untuk Arwah Koperal Mohd Hafezee dan Idayu. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan roh orang yang beriman.....Amin..

http://ondscene.my/kemalangan/suami-isteri-maut-kemalangan-babitkan-2-bas-5-kereta-dan-2-motorsikal

20 December 2011

Beijing Part 2: Forbidden City

Weekend minggu pertama, organizer arranged trip ke tempat-tempat bersejarah kat Beijing. Hari Sabtu ke Forbidden City, hari Ahad pula panjat Great Wall. Perasaan?? Sangat teruja ok, sebab sangat tak sangka akan sampai ke sini.

Pagi Sabtu, kami kena kumpul kat lobi at 7.30 am *gila pagi depa ni, nasib baik dah puas tidur*. Maureen kata kena gerak awal sebab selalu kalau weekend je, FC memang ramai tourist termasuk la kami yang nak gi ukur berapa luac Forbidden City tu. Dah siap-siap breakfast kat bilik, melantak mee maggi dan coklat saya pun turun ke lobby hostel. Dari tempat training ke Beijing City ambik masa about 45 min jugak la (dalam 50 km gitu). Dah puas buat tahi mata dalam bas, kami sampai kat Forbidden City ni.

 Pic dari dalam bas

 

comel kan? depa pakai cap so that senang nak cam sesama dia orang.

Nampak tak kat seberang jalan sana, yang orang beratur panjang tu? tu depa semua nak masuk dalam Mao's Gallery, nak tengok mayat Mao yang diawet. Kami tak masuk hehehehe, so terus jalan ke main entrance Forbidden City.

 

On the way, saya nampak ni. Ceri yang disalut honey./ sugar dan dicucuk macam sate kat Malaysia. Terasa nak membeli tapi Maureen tak bagi hahahaha. Malas nak tanya lebih-lebih.


Gambar atuk sape ni? hahaha ni la Mao...bukan Miaow ya...

Nampak tak tunnel dlm gambar kat atas. Haa kena lalu masuk ikut tunnel tu la. gila ramai manusia huhuhu


Betul tak cakap saya? ramai kan, dah bersesak-sesak macam apa dah...patutlah Maureen cakap, dia rela tido kat umah dari datang Forbidden City ni

 Besar gila Forbidden City ni, ye la dulu kan jadi kota pemerintahan dinasti-dinasti terdahulu, tak silap saya dari Dinasti Ming ke Dinasti Qing. Luas aje almost 178 ekar, ada 980 bangunan, mahu tak semput Kak Limah berjalan (Kak Limah je la, saya maintain ok :P). Jenuh jugak nak berjalan sampai ke betul-betul main entrance Forbidden City which is The Meridian Gate.


Ok now dan sampai ke area betul-betul depan main entrance utk masuk Forbidden City ni. Tengah tunggu Maureen beli tiket. Lupa plak nak tanya berapa harga tiket.


Pintu keramat : konon-konon kalu sentuh boleh datangkan 'ong'

Tourist guard tengah story pasal Forbidden City..aisehh tak nampak plak muka dia...comel n cute ja TG ni hehehe. Nampak tak ada anak panah kuning kat 2 org manusia dlm gambar atas? haaa depa ni from Myanmmar. Sat lagi ada story pasal depa yang buat org semua tension adoh yaiiiii.

Korang layan gambar la plak ek :P...ni dalam Forbidden City



Perasan tak semua roof dalam Forbidden City ni warna gold/ seakan gold? sebab gold ialah lambang emperor :)



Tuan tanah kedaung dengan Echo

Perasan tak, semua bahagian dalam Forbidden City ni bertutup dengan simen/ tiles....taman dia kat bahagian belakang sebenarnya...kat bawah ada gambar taman ok.

Haa ni baru nampak muka tourist guard yang cute dan cumil itu...yang pegang bendera tu ya :)

Kat bahagian dalam salah satu hall dlm Forbidden City

close-up ukiran dan hiasan kat dinding bangunan dalam Forbidden city....semua berunsurkan dragon aummmmm


Sampai tangga pun berukir sama ...fuhhhhhh

Dalam Forbidden City ni, kira jalan sehala tau. Overall jarak berjalan dari depan sampai ke exit gate kat belakang ni lebih kurang dalam 1 km. Kat bahagian belakang sebelum exit tu, ada taman, kiranya macam dalam drama Cina yang lama-lama tu, tuan puteri kan gi main kat taman petang-petang ahaks.




Ok kat sini dah start dah drama 'Lost in Forbidden City'. Ingat tak saya ada tunjuk gambar yang peserta dari Myanmmar tu? haaaa depa hilang dalan Forbidden City ni. Tak tahu la bila depa terlepas dari group kami. Kesian Echo dan Maureen, masak mencari si Myanmmar ni. Depa dah lah takde prepaid line China, and English depa pun x berapa fluent *bukan la nak mendabik dada kata saya terror tp pls la, dah tahu x berapa nak fluent, stick to the group la kan*. Dah satu kerja plak kami lepak dalam tu tunggu operasi mencari dan menyelamat warga Myanmmar ni hahaha. Dah la tengahari, perut dah lagu ghazal, keroncong, pop, dangdut semua keluar.

supporting actress-in the making for 'Lost in forbidden City' movie ahak ahak ahak :P

Dah hampir sejam menunggu, akhirnya Maureen datang cakap yang kawan Myanmmar tu tunggu kat luar dah. Nasib baik ada emergency card ngan depa, bolehlah minta tolong local Chinese call Maureen haihhhh...hangin berasap satu badan ok.

 sungai kat pintu keluar Forbidden City

Dah jumpa semua peserta, geng Myanmmar pun dah kena tazkirah ngan budak MOA dan Indonesian guy, Maureen bawak pergi lunch kat Mecdi.....terus lari program...patut lepas lunch, kul 2-4 slot untuk shopping-mopping, tapi sebab ada tambahan babak 'Lost in Forbidden City' tu, lunch pun dah kul 2 lebih......

Mecdi kat Beijing

Habis je lunch, kami terus gi Yangshaw Market, agenda untuk perabis duit plak kuikuikui.

16 December 2011

Beijing: Part 1

Ok sebenarnya pergi training dah lama, bulan 10 hari tu, tapi macam biasala, tunggu mood datang baru nak tulis cerita. Pergi pihak organizer book tiket MAS, so selamat lah saya. Balik je dapat A*r C*ina. Ikut tentatif, pergi 2 weeks.Flight pegi kul 12.25 tengah malam, macam biasa la Encik Apek dan anak-anak je la hantar kat airport.

3 abdul : sempat posing sementara ummi pergi check in.

So flight pegi Beijing ambik masa dalam 6 jam, so subuh esok la sampai. Pergi berdua dengan officer dari MOA. So janji jumpa kat waiting room je. Sangat cuak ok. padahal bukan tak pernah travel sorang.
 .
.
.
.
.
.
.

Beijing......here i come....

Sempat ambik gambar kat pintu arival hall saja, kesnya mamat MOA tu jalan laju sangat hahaha. Ini sebab nak hisap rokok, siap cakap kat org yang jemput kami tu suruh take 5 dulu :)

Ni gambar balik dari toilet, apa kes nak tunggu orang sedut asap kan, baik gi melepaskan hajat dulu kuikuikui  :)


Masuk je cab dengan Echo (Chinese coordinator), terus ke tempat training. Driver cab AMI ni siap pakai kot lagi, memang macho la walaupun dah tua tapikan saya malu nak snap gambar dia hehehe. apalah saya ni asyik malu, camno nak jadi blogger tegar hahaha


 
 so ini main building Agricultural Management Institute, tempat saya training :)



Ini plak Maureen (Chinese coordinator), on the way nak gi hostel. Sebelum tu dia bawak gi dining hall untuk breakfast, tapi saya lupa nak snap gambar sebab sejukkkkkkkk..nampak sangat jakun hahaha

Bangunan hostel-5 tingkat-takde lif- *pengsan dan pitam*

Bangunan hostel 5 tingkat ok, dan takde lif. Dah la saya bawak beg 2, 1 beg besar dan 1 hand luggage. Sudahnya si Maureen dan Echo berkerjasama angkat beg-beg saya tu hahaha kesian depa.

Ni bilik hostel, dapat duduk sebilik sorang *Lega*

Dah sampai bilik tu dalam pukul 9 pagi, terus mandi dan kemas barang sikit then zasssssssss....terus ke lalalalaland. Si Echo banyak kali pesan lunch 12 tengahari. Saya dah set tak nak turun sebab nak tido, lagipun nak makan je makanan yan saya bawak dari Malaysia tu. So ok la lena tido. Sekali kul 12.30 Echo call ajak turun makan. Saya cakap la saya nak tido. Dia cakap ok saya tunggu kamu *Setelah ditranslate* hahaha gila kejam nak tunggu saya, tah kul berapa boleh bangun pun tak tahu. Jadi saya explain baik-baik kat Echo ni cakap saya tak nak turun makan and akan makan food yang saya bawak dari Mesia je. So setelah berjela-jela explain kat dia, ok lepas kali ni. Dia risau takut peserta kebuluran sebenarnya hahahaha.

Dah habis qada' tido, saya keluar gi jalan-jalan kat depan AMI, tujuan asal nak beli air minum. Join geng Indon sebab on the way nak turun tangga, depa tanya mahu ke mana? mahu jalan-jalan pak *wah, terus tukar slang Indon gitu*

 Selamba badak je naik tricycle

 Selamba badak je jual sayur tepi jalan
 Selamba badak jugak naik basikal, kalu kat Mesia berpeluh ketiak :)

Tengok dari jauh macam Abid, bila dah dekat, ok confirm bukan :P

Dah habis jejalan cari air, terus pergi dinner sebab kat sini kul 5.30 dah gelap. Lepas diner terus memerap dalam bilik sebab sejukkkkkkkkkkkkkkkk Kami perserta pertama yang sampai. Esok baru start opening ceremony. 


12 December 2011

Rebranding

Rebranding la sangat kan ahaks....If korang perasan, header saya kat atas dah lain sikit. Nak penjenamaan semula la konon-konon sebab blog pun dah ala-ala sendu, hidup segan mati tak mahu  saja. So here datang idea rebranding. Sempena sekarang kan musim apek KFCM glamer, so saya pun nak tempias jugak, tp of course la saya ada Mr Apek saya sendiri. If kawan-kawan universiti dulu, depa dah tahu sangat la sape Mr Apek tu, macamana raut muka dia sampai org panggil dia Apek. Harap harap dengan rebranding ni, blog ni akan terus aktif berkongsi cerita dengan korang semua, doakan lah ya. Tapi kalu sendu gak, maafkanlah saya, sesungguhnya aku insan yang lemah (bak kat rohana jalil dalam lagu dia).

07 December 2011

Pre & Probiotic

Saya cukup risau kalau anak-anak kena cirit-birit. Dulu-dulu kalau cirit mesti bawak ke klinik, dan doktor akan preskripsi air garam yang mana memang budak2 tak suka. So bila dah cirit tu, akan ambil masa jugak la dalam 3 ke 4 hari utk baik, which is kalau ibu berkerjaya, agak problem la kalu nak cuti lama-lama.

Kini tidak lagi...chewaaah macam skrip drama je ahaks. Sejak saya discover 1 produk ni, saya tak berapa risau kalau anak-anak  cirit *risau tetap ada cuma confident akan cepat baik dengan consume benda ni + doa tak putus-putus pada Allah*. Cirit-birit takleh ambik mudah kan? Takut anak dehydrated. Air garam tu untuk ganti cecair elektrolit yang hilang dari badan tu je. Jadi better anak-anak consume pre & probiotic untuk tambah bakteria baik dalam usus. Ini apa yang specialist saya cakap la.


Probiotic dari Bio-Life

Probiotic ini our Paediatric Specialist yang prescribed masa anak-anak kena cirit-birit dulu. Botol kecil 5 ml, kena titik dalam mulut about 5 drops once a day. Kalau yang ini kena simpan dalam fridge/ chiller. So agak leceh la kalau nak travel. Plus takde di jual kat farmasi. Hanya doktor pakar boleh prescribed dan packaging macam ni hanya supply untuk hospital-hospita sahaja. Harga pun tak berapa nak pasti sebab Mr Apek yang tukang membayornya hahahaha. So saya pun search la kat farmasi kot-kot ada yang boleh replaced yang botol ni. At last, saya jumpa produk kat bawah ni.


Pre & Probiotic dari Biolife

Satu kotak ada 10 sachet, harga pun reasonable RM 22 sekotak. So far selalu beli kat Guardian or Watson Alamanda je, mesti ada la. Ia dalam bentuk serbuk, boleh direct feed as a powder atau boleh larut dalam air masak then bagi kat anak-anak. Kalu nak bawak travel pun senang sebab ia tak perlu simpan dalam peti ais pun sebab in powder foam kan, lebih stable. So kalu nak balik kampung or nak gi cuti-cuti cinta Malaysia, ini salah satu benda wajib bawak la, selain bekal ubat yang lain.

So apa beza prebiotic dan probiotic? Probiotic adalah bakteria hidup yang kita boleh telan, yang mempunyai ciri-ciri dan fungsi hampir sama dengan bakteria yang memang sudah ada dalam usus kita. Tetapi prebiotic pula bukan bakteria, tetapi sejenis nutrient yang selalunya karbohidrat yang tidak boleh diserap oleh usus kita contohnya macam fructo dan oligosakarida. So fructo dan oligo ni akan merangsang bakteria baik dalam usus kita untuk lebih membiak atau aktif, jadi usus kita akan dapat function dengan lebih baik lagi. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca link ini, ini dan ini ya.

psssstttttt: Pre & Probiotic Biolife ni hanya untuk baby 2 yrs above saja tau....

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...