Saya cukup risau kalau anak-anak kena cirit-birit. Dulu-dulu kalau cirit mesti bawak ke klinik, dan doktor akan preskripsi air garam yang mana memang budak2 tak suka. So bila dah cirit tu, akan ambil masa jugak la dalam 3 ke 4 hari utk baik, which is kalau ibu berkerjaya, agak problem la kalu nak cuti lama-lama.
Kini tidak lagi...chewaaah macam skrip drama je ahaks. Sejak saya discover 1 produk ni, saya tak berapa risau kalau anak-anak cirit *risau tetap ada cuma confident akan cepat baik dengan consume benda ni + doa tak putus-putus pada Allah*. Cirit-birit takleh ambik mudah kan? Takut anak dehydrated. Air garam tu untuk ganti cecair elektrolit yang hilang dari badan tu je. Jadi better anak-anak consume pre & probiotic untuk tambah bakteria baik dalam usus. Ini apa yang specialist saya cakap la.
Probiotic dari Bio-Life
Probiotic ini our Paediatric Specialist yang prescribed masa anak-anak kena cirit-birit dulu. Botol kecil 5 ml, kena titik dalam mulut about 5 drops once a day. Kalau yang ini kena simpan dalam fridge/ chiller. So agak leceh la kalau nak travel. Plus takde di jual kat farmasi. Hanya doktor pakar boleh prescribed dan packaging macam ni hanya supply untuk hospital-hospita sahaja. Harga pun tak berapa nak pasti sebab Mr Apek yang tukang membayornya hahahaha. So saya pun search la kat farmasi kot-kot ada yang boleh replaced yang botol ni. At last, saya jumpa produk kat bawah ni.
Pre & Probiotic dari Biolife
Satu kotak ada 10 sachet, harga pun reasonable RM 22 sekotak. So far selalu beli kat Guardian or Watson Alamanda je, mesti ada la. Ia dalam bentuk serbuk, boleh direct feed as a powder atau boleh larut dalam air masak then bagi kat anak-anak. Kalu nak bawak travel pun senang sebab ia tak perlu simpan dalam peti ais pun sebab in powder foam kan, lebih stable. So kalu nak balik kampung or nak gi cuti-cuti cinta Malaysia, ini salah satu benda wajib bawak la, selain bekal ubat yang lain.
So apa beza prebiotic dan probiotic? Probiotic adalah bakteria hidup yang kita boleh telan, yang mempunyai ciri-ciri dan fungsi hampir sama dengan bakteria yang memang sudah ada dalam usus kita. Tetapi prebiotic pula bukan bakteria, tetapi sejenis nutrient yang selalunya karbohidrat yang tidak boleh diserap oleh usus kita contohnya macam fructo dan oligosakarida. So fructo dan oligo ni akan merangsang bakteria baik dalam usus kita untuk lebih membiak atau aktif, jadi usus kita akan dapat function dengan lebih baik lagi. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca link ini, ini dan ini ya.
psssstttttt: Pre & Probiotic Biolife ni hanya untuk baby 2 yrs above saja tau....
2 comments:
owh..alkisahnya begitu.. elok bg ubat yg betul dr bg teh pekat kans...
pija, saya tak pernah bg teh pekat kat kids, saya ganti ngan pre n probiotic ni :)
Post a Comment