Ok sebenarnya pergi training dah lama, bulan 10 hari tu, tapi macam biasala, tunggu mood datang baru nak tulis cerita. Pergi pihak organizer book tiket MAS, so selamat lah saya. Balik je dapat A*r C*ina. Ikut tentatif, pergi 2 weeks.Flight pegi kul 12.25 tengah malam, macam biasa la Encik Apek dan anak-anak je la hantar kat airport.
3 abdul : sempat posing sementara ummi pergi check in.
So flight pegi Beijing ambik masa dalam 6 jam, so subuh esok la sampai. Pergi berdua dengan officer dari MOA. So janji jumpa kat waiting room je. Sangat cuak ok. padahal bukan tak pernah travel sorang.
Beijing......here i come....
.
.
.
.
.
.
.
Beijing......here i come....
Sempat ambik gambar kat pintu arival hall saja, kesnya mamat MOA tu jalan laju sangat hahaha. Ini sebab nak hisap rokok, siap cakap kat org yang jemput kami tu suruh take 5 dulu :)
Masuk je cab dengan Echo (Chinese coordinator), terus ke tempat training. Driver cab AMI ni siap pakai kot lagi, memang macho la walaupun dah tua tapikan saya malu nak snap gambar dia hehehe. apalah saya ni asyik malu, camno nak jadi blogger tegar hahaha
so ini main building Agricultural Management Institute, tempat saya training :)
Ini plak Maureen (Chinese coordinator), on the way nak gi hostel. Sebelum tu dia bawak gi dining hall untuk breakfast, tapi saya lupa nak snap gambar sebab sejukkkkkkkk..nampak sangat jakun hahaha
Bangunan hostel-5 tingkat-takde lif- *pengsan dan pitam*
Bangunan hostel 5 tingkat ok, dan takde lif. Dah la saya bawak beg 2, 1 beg besar dan 1 hand luggage. Sudahnya si Maureen dan Echo berkerjasama angkat beg-beg saya tu hahaha kesian depa.
Ni bilik hostel, dapat duduk sebilik sorang *Lega*
Dah sampai bilik tu dalam pukul 9 pagi, terus mandi dan kemas barang sikit then zasssssssss....terus ke lalalalaland. Si Echo banyak kali pesan lunch 12 tengahari. Saya dah set tak nak turun sebab nak tido, lagipun nak makan je makanan yan saya bawak dari Malaysia tu. So ok la lena tido. Sekali kul 12.30 Echo call ajak turun makan. Saya cakap la saya nak tido. Dia cakap ok saya tunggu kamu *Setelah ditranslate* hahaha gila kejam nak tunggu saya, tah kul berapa boleh bangun pun tak tahu. Jadi saya explain baik-baik kat Echo ni cakap saya tak nak turun makan and akan makan food yang saya bawak dari Mesia je. So setelah berjela-jela explain kat dia, ok lepas kali ni. Dia risau takut peserta kebuluran sebenarnya hahahaha.
Dah habis qada' tido, saya keluar gi jalan-jalan kat depan AMI, tujuan asal nak beli air minum. Join geng Indon sebab on the way nak turun tangga, depa tanya mahu ke mana? mahu jalan-jalan pak *wah, terus tukar slang Indon gitu*
Dah habis qada' tido, saya keluar gi jalan-jalan kat depan AMI, tujuan asal nak beli air minum. Join geng Indon sebab on the way nak turun tangga, depa tanya mahu ke mana? mahu jalan-jalan pak *wah, terus tukar slang Indon gitu*
Selamba badak je naik tricycle
Selamba badak je jual sayur tepi jalan
Selamba badak jugak naik basikal, kalu kat Mesia berpeluh ketiak :)
Tengok dari jauh macam Abid, bila dah dekat, ok confirm bukan :P
Dah habis jejalan cari air, terus pergi dinner sebab kat sini kul 5.30 dah gelap. Lepas diner terus memerap dalam bilik sebab sejukkkkkkkkkkkkkkkk Kami perserta pertama yang sampai. Esok baru start opening ceremony.
No comments:
Post a Comment