20 December 2011

Beijing Part 2: Forbidden City

Weekend minggu pertama, organizer arranged trip ke tempat-tempat bersejarah kat Beijing. Hari Sabtu ke Forbidden City, hari Ahad pula panjat Great Wall. Perasaan?? Sangat teruja ok, sebab sangat tak sangka akan sampai ke sini.

Pagi Sabtu, kami kena kumpul kat lobi at 7.30 am *gila pagi depa ni, nasib baik dah puas tidur*. Maureen kata kena gerak awal sebab selalu kalau weekend je, FC memang ramai tourist termasuk la kami yang nak gi ukur berapa luac Forbidden City tu. Dah siap-siap breakfast kat bilik, melantak mee maggi dan coklat saya pun turun ke lobby hostel. Dari tempat training ke Beijing City ambik masa about 45 min jugak la (dalam 50 km gitu). Dah puas buat tahi mata dalam bas, kami sampai kat Forbidden City ni.

 Pic dari dalam bas

 

comel kan? depa pakai cap so that senang nak cam sesama dia orang.

Nampak tak kat seberang jalan sana, yang orang beratur panjang tu? tu depa semua nak masuk dalam Mao's Gallery, nak tengok mayat Mao yang diawet. Kami tak masuk hehehehe, so terus jalan ke main entrance Forbidden City.

 

On the way, saya nampak ni. Ceri yang disalut honey./ sugar dan dicucuk macam sate kat Malaysia. Terasa nak membeli tapi Maureen tak bagi hahahaha. Malas nak tanya lebih-lebih.


Gambar atuk sape ni? hahaha ni la Mao...bukan Miaow ya...

Nampak tak tunnel dlm gambar kat atas. Haa kena lalu masuk ikut tunnel tu la. gila ramai manusia huhuhu


Betul tak cakap saya? ramai kan, dah bersesak-sesak macam apa dah...patutlah Maureen cakap, dia rela tido kat umah dari datang Forbidden City ni

 Besar gila Forbidden City ni, ye la dulu kan jadi kota pemerintahan dinasti-dinasti terdahulu, tak silap saya dari Dinasti Ming ke Dinasti Qing. Luas aje almost 178 ekar, ada 980 bangunan, mahu tak semput Kak Limah berjalan (Kak Limah je la, saya maintain ok :P). Jenuh jugak nak berjalan sampai ke betul-betul main entrance Forbidden City which is The Meridian Gate.


Ok now dan sampai ke area betul-betul depan main entrance utk masuk Forbidden City ni. Tengah tunggu Maureen beli tiket. Lupa plak nak tanya berapa harga tiket.


Pintu keramat : konon-konon kalu sentuh boleh datangkan 'ong'

Tourist guard tengah story pasal Forbidden City..aisehh tak nampak plak muka dia...comel n cute ja TG ni hehehe. Nampak tak ada anak panah kuning kat 2 org manusia dlm gambar atas? haaa depa ni from Myanmmar. Sat lagi ada story pasal depa yang buat org semua tension adoh yaiiiii.

Korang layan gambar la plak ek :P...ni dalam Forbidden City



Perasan tak semua roof dalam Forbidden City ni warna gold/ seakan gold? sebab gold ialah lambang emperor :)



Tuan tanah kedaung dengan Echo

Perasan tak, semua bahagian dalam Forbidden City ni bertutup dengan simen/ tiles....taman dia kat bahagian belakang sebenarnya...kat bawah ada gambar taman ok.

Haa ni baru nampak muka tourist guard yang cute dan cumil itu...yang pegang bendera tu ya :)

Kat bahagian dalam salah satu hall dlm Forbidden City

close-up ukiran dan hiasan kat dinding bangunan dalam Forbidden city....semua berunsurkan dragon aummmmm


Sampai tangga pun berukir sama ...fuhhhhhh

Dalam Forbidden City ni, kira jalan sehala tau. Overall jarak berjalan dari depan sampai ke exit gate kat belakang ni lebih kurang dalam 1 km. Kat bahagian belakang sebelum exit tu, ada taman, kiranya macam dalam drama Cina yang lama-lama tu, tuan puteri kan gi main kat taman petang-petang ahaks.




Ok kat sini dah start dah drama 'Lost in Forbidden City'. Ingat tak saya ada tunjuk gambar yang peserta dari Myanmmar tu? haaaa depa hilang dalan Forbidden City ni. Tak tahu la bila depa terlepas dari group kami. Kesian Echo dan Maureen, masak mencari si Myanmmar ni. Depa dah lah takde prepaid line China, and English depa pun x berapa fluent *bukan la nak mendabik dada kata saya terror tp pls la, dah tahu x berapa nak fluent, stick to the group la kan*. Dah satu kerja plak kami lepak dalam tu tunggu operasi mencari dan menyelamat warga Myanmmar ni hahaha. Dah la tengahari, perut dah lagu ghazal, keroncong, pop, dangdut semua keluar.

supporting actress-in the making for 'Lost in forbidden City' movie ahak ahak ahak :P

Dah hampir sejam menunggu, akhirnya Maureen datang cakap yang kawan Myanmmar tu tunggu kat luar dah. Nasib baik ada emergency card ngan depa, bolehlah minta tolong local Chinese call Maureen haihhhh...hangin berasap satu badan ok.

 sungai kat pintu keluar Forbidden City

Dah jumpa semua peserta, geng Myanmmar pun dah kena tazkirah ngan budak MOA dan Indonesian guy, Maureen bawak pergi lunch kat Mecdi.....terus lari program...patut lepas lunch, kul 2-4 slot untuk shopping-mopping, tapi sebab ada tambahan babak 'Lost in Forbidden City' tu, lunch pun dah kul 2 lebih......

Mecdi kat Beijing

Habis je lunch, kami terus gi Yangshaw Market, agenda untuk perabis duit plak kuikuikui.

2 comments:

farz zull said...

wahh, bestnya melancong ke beijing...;) Ceri tu mmg nampak delicious!

ajumohit said...

Bilalah dapat saya ke sini ye ;)