20 August 2008

Placenta Previa







I have been diagnosed with Placenta Previa stage 2 when I had my routine check up at UKMSC.....aiiyooo banyak takut lorr!!!

So speechless actually, but Dr advised to take more precaution...

takleh angkat benda berat, jgn byk jalan bla bla bla.....

the most important thing is whenever there is a bleeding, kena cepat2 pergi ke hospital....

So just to share what is Placenta Previa all about...


Apakah jenis-jenis plasenta previa?
Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

  • Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal rahim
  • Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
  • Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim dan tidak menghalang bukaan tersebut.
    Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan pangkal rahim.
  • Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj biasa.
Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi:

  • Wanita berumur 35 tahun ke atas.
  • Kehamilan kembar.
  • Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
  • Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).
    Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang, tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas kelahiran.
Gejala yang lazimnya berlaku ialah:


  • Pendarahan faraj yang tidak sakit.
  • Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
  • Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:
  • Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
  • Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
  • Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
  • Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.

Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku:
  • Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
  • Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
  • Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
  • Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya timbul keperluan untuk pemindahan darah.
  • Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena (IV) di lengan anda.
  • Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari masa ke semasa.
  • Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.

Hopefully everthing will go back to normal, if not I have to go for Caesearean Operation.....Ya Allah, tolong lah hamba mu ini...



16 July 2008

My 26th week of pregnancy

Dah 26 week...how fast time flies...

at 26th week:

Mama----put on weight almost 6 kg, from 48 to 54 kg, jln pun dah mcm ketam je, senget sebelah
Baby----confirm Boy, estimated weight 700 gm, dah makin kuat tendang, x larat Ummi, tido pun dah start tak selesa huhuhu

EDD insyaallah 14 Oct 2008, exactly 2 weeks after Hari Raya Puasa...sempat ke tidak raya nih..suspen je...

Umar----Dah boleh berjalan...makin penat nak mengejar sejak dapat kaki ni, gigi dah 7 btg 3 atas 4 bawah, tidur malam dah jarang mintak susu...

Syakir----makin bijak, vocab pun makin banyak, akal pun makin panjang...17 Ogos ni genap 4 thn..cepatnyer besar anak ummi nih....

one day, a short conversation between me and Syakir..

Syakir: Gemuknya perut Ummi ni...
Me: (Sambil menelek dpn cermin)..aahh kat dlm ni ada adik
Syakir: Adik?? adik Umar ke?
Me: taklah, adik lain...
Syakir: Camna dia nak kuar dr perut Ummi tu?
Me: ...I am speechless.....................uwaa camna nak jwb nih....

Moral of the story: byk2lah berfikir, train utk jwb soalan dr anak2 yg sedang membesar!!!!

29 May 2008

My 20th week of pregnancy

Alhamdulillah, this week genap 20 week usia no#3...

Pregnant kali ni dipermudahkan oleh-Nya, tiada morning sickness macam mengandungkan Syakir dan Umar dulu, selera makan ok, and now at my 20th week of pegnancy, I gained 4 kg already...

For this pregnancy, I have been prescribed with the aspirin to dilute the blood due to the previous history of my kids (both of them were delivered with weight< 2.5 kg).

Prof suspected maybe something wrong with my antibody, that's why the placenta cannot supply enough blood to the foetus.

I hope everything will be fine till the end of my delivery day..Insyaallah.

Estimated weight dah 300 g++ and semalam dah pergi scan ngan Prof Zaleha kat UKMSC, Insyaallah another brother to come out..ngehngehngeh..

Masa scan tu, tak expect Prof boleh nampak jantina coz sblm tu dah scan kat klinik biasa tak nampak..

tuptup bila dia cakap another boy, me and hubby bantai gelak sakan..entah apa yang lucu sgt pun tak tau..

but for me, seriously I can't imagine how the life will be after no#3 comes end of Oct...sure kalut punye dgn 3 hero!!!!!!!!!hahahaha

dalam kereta on the way balik, tgh dinner pun me and hubby still dok terkekek-kekek ketawa...

For me, boy or girl it doesn't mattter as long as sihat walafiat, cukup sifat and dipermudahkan oleh-Nya, dah bersyukur sangat...

So after this I already have 3M....hehehhe

16 May 2008

Happy 1st Birthday to my Little Boy-Umar Zafran

Today is his 1st birthday....

He now is a big boy...

Updates on him:

  • Dah ada 4 btg gigi, 2 atas 2 bawah
  • Dah mula nak berjalan, now berdiri on his own and step further for a few steps before fall down..
  • Dah pandai nak berebut mainan ngan Abg Long dia...last Sat ketuk Abg Long dia ngan torchlight
  • Dah pandai sebut 'mamamam, papapap, cacacaca'..

So today is special day for u my dear Umar,

Ummi & Walid harap Umar akan menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama dan bangsa, agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk membesar....

We love u always..from Ummi, Walid & Abg Long

17 April 2008

Nasib badan...

pelik kan tajuk entry ni?hehe

aku katakan nasib badan coz this year paling banyak kena jadi bujang!..
tp bujang ber'ekor'....

alkisahnye my kids (me???) selalu kena tinggal ngan walid dia tahu...
last week outstation pi monaco seminggu..

sebelum tu dah pi Tioman 3 hari..ape lagi kalu bukan gi diving.

Tgh ni flight pegi Sabah plak for diving activities at Sipadan Island....

hari Selasa baru balik..

and last one on 1st May nnt pei Tioman lagi sekali..diving jugak

Tak suka tau asyik kena tinggal nih..hehehe

alahai apalah nasib badan....

10 April 2008

Cloth diapers to let go..

1. GADimals Iced Blue with Dinos microfleece (L size)-----> RM 45 RM 40, anyone interested??? (bought at RM 70)
nampak tak label dia masih baru tak terjejas pun, coz memang jarang pakai as my son jenis tubuh slim macam mak dia , so bila pakai asyik leaking plak.... so nak let go la...

2. Bummis training pants (S size)-----> RM 35 RM 30, anyone interested???

3.Baby Behind fitted diaper in shocking pink ------> RM 45 RM 40 SOLD, anyone???(bought at RM 78)

4. Dancing Bear bottom soakers and night pants (M size)-----> RM 45 RM 40 SOLD, anyone interested??? (bought at RM 70)


5. Diaper cover Bummis, size M --------> RM 30 (bought at rm 45)

Fitted Cute Tooshies-----> RM 50 SOLD, anyone interested??? (bought at RM 85)

Sila baca T n C kat bawah sebelum beli, tq.

• oh! Serious buyers only yang akan dilayan....
• first come first serve basis
• Prices are not including shipping and handling, unless otherwise stated.
• Payment must be made to my CIMB account before items can be delivered.
• Reservation only 3 days, if nak reserve lebih lama, sila bayar 50%. Any cancellation will no be refund.
• Good sold are not returnable or refundable.
• Please allow 2-5 days for delivery (excluding weekends & public holidays)

31 March 2008

Hectic week..

Last week was my very hectis week i guess..
apa taknya training from Monday to Thursday, started at 8.30 am (ade jugag start 8.00 am) till 5.30 pm everyday....penat tahap gaban!!!!!

Bagi org bujang, ok la balik depa boleh rest tanpa ade 'gangguan' hehehe, tido pun nyenyak je takde sape kacau...

but for me yang dah ade 2 anak (going to be 3 soon hehehe),
Ya Allah Tuhan je tau macamana...

selalu turun rumah dlm 7.30 am sempat la sampai kat punch card machine tu lagi 2, 3 min ke pukul 8....

TAPI...

bila ade training ni (walhal tak jauh, kat Mines tu je), 6.45 am dah turun rumah, gelap lagi..

janji transport opis kul 7.30 am, nak hantar Umar lg kat umah BS so kena la turun awal..

tu pun cun2 je sampai dio org semua tgh tunggu dlm keta dah..
well aku ade anak, depa takde kekeke nak nyedapkan hati...

tup tap tup tap lecture, discussion semua sampai la 5.30 pm,
nak balik opis lg, nak solat lg (slalu solat kat opis, balik umah takut tak boleh tinggal Umar)...

so amik Umar dah dekat 6.30 pm..masa tu dah cam sayur lembik dah...
sampai umah dah nak dkt maghrib..

kalu Umar tido bleh la rest jap, kalu tak layan la si Umar tu sampai Walid ngan abg long dia balik...

end up hari Rabu dah kena selsema tp tahan jugak, coz ini training wajib...telan la segala mak neka multivitamin...
lg pun ari tu ade factory visit, rugi la kalu tak join..

hari khamis plak pembahagian sijil, kalu tak pegi camne nak dapat sijil kan?hehehe

last2 skali ari Jumaat tu aku meng'EL' lan diri...
dah tak tahan sgt nih, sakit kepala...
tp takleh nak rest sg coz Umar still ngan aku unless kalu hantar umah babysitter..
walid dia plak takde pi diving kat Tioman
nasib baik mak metua ngan adik ipar dtg
boleh lah rest sikit
konon2 nak EL, tapi aku pi gak klinik mintak MC hehehe
so hari ni felt much much better...
so boleh la update blog hahaha

tp serius penat yg amat kalu kena pi training, at the same time ade anak yg still kecik (i mean below than 2 yrs)

patutnya training ni ade siri ke-2 in Jun and ke-3 in Sept..
tp serius tak nak pi dah thn ni, next year la plak.....

21 March 2008

No#3

Last period: 7 Jan 2008
Next period: 7 Feb 2008

but until now I am still waiting for my period...
aku ni antara dua je, regular period or pregnant...hahaha
dah lewat about 2 weeks, I decided to do urine test....
confirm no#3 .....
insyaallah will be our new family member in Oct (early)....
I didn't expect it gonna be so soon hehehe
but whatever it is Thank God for you love...

This coming Dis genap 5 thn usia perkahwinan aku ngan hubby..
and guess what?
we gonna have 3 kids just in 5 years of our marriege!
How productive we are....hehehe

21 February 2008

Confirmation

Last Tuesday, I just received my confirmation letter from institute...how happy I am..hehehe senyum panjang lebar sampai ke telinga.
After served for about 1 and half year, finally me and another 3 colleagues had been confirmed, a bit faster from expectation period which is should be within 1-3 year..praise to God

Ini antara baris ayat dalam surat confirm tu:
'Pihak institut telah bersetuju mengesahkan puan dalam perkhidmatan berkuatkuasa mulai 4 Feb 2008.
Semoga puan akan berkhidmat dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan iltizam untuk kemajuan dan kecemerlangan institut'

Lepas aku kira2, cukup2 1.5 year service dah confirm....

12 February 2008

my little photographer!!

Lately I noticed yang Syakir suka sangat ambik gambar guna samaada HP aku atau walid dia. Suka sangat tau, pantang nampak HP je mesti dan kat dia, kang tah ape2 gambar kang dia ambik...these are the pictures captured by Syakir, my little photographer!



Ni tangan adik dia, Umar..yg sebelah tu kat kaki seluar Umar, really creative huh?

06 February 2008

alahai ASB....

Kali ni aku nak cakap pasal ASB plak, ni ade fatwa terbaru pasal ASB ni, aku ada copy paste, yg ka bawah tu plak komen dari Ustaz Zaharuddin..apa2pun aku dah keluarkan semua duit dr ASB aku tapi bila nak tutup akaun tak boleh, macam mana tu?

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

03/02/2008 6:21pm

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber


--------------------------------------------------------------------------------

ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Sekian

3 Feb 2008

04 February 2008

Tajuk yang sesuai...

I don't know what is the best title to put on, can you suggest it? hehehe.
Anyway a few stories to share:

1. Already moved to my new room/office after waiting for quite a long time. Before this I have been placed in the big room with the partition. So kiranye dah dapat privacy sikit ler..hopefully aku akan lebih rajin la lepas ni... I will upload a few pictures soon...

2. My sister and SIL will be having their engagement ceremony this year. My SIL's engagement is just around the corner (on 6th Feb, a day before Chinese New Year) and my sister's engagement will be in somewhere in Mei during the school holidays. So for this coming long break during chinese New Year, we will not going back to Kelantan, but..but we'll gonna have a long break during school holidays in Mei. My SIL have been planning to Kelantan as well to buy her necessary thing for the coming wedding end of the year.

28 January 2008

Umar and Measles


This entry special for my son, Umar who just recovered from his measles yesterday...what a terrible week I guess...
after took an emergency leave on Monday, Umar still had a high fever and guess what? We were rushing to Emergency Room Hospital Putrajaya on Sunday afternoon as Umar's body started to shiver..oh God, luckily we arrived at the ER within 10 minutes from our home..
In the ER, Umar had been treated by the nurses and doctor by giving the what we called it..'ubat bontot'..(don't know how to spell it correctly) to faster his recovery as the temperature rise up to 40oC.
After spent almost 5 hours in ER, finally we are allowed to bring Umar back to our home..what a nightmare...hopefully that would be the last happened to Umar..me and my hubby promised to each other to take more precaution when anything happened to our son...
life must goes on!

25 January 2008

First entry....

This is my first entry after my hard effort to make this blog come true..what a shame as other people are enjoying their blog quite a long time but I just managed to dot it today...but it's ok what huh? better late than never...hahaha
so whatever it is, LIFE MUST GOES ON bebe!