30 January 2010

CD Shinies to let go

Inil adalah entri melekat.....sila skroll ke bawah utk entri terbaru :)



Saya nak let go Cloth diaper Shinies ni...ada 10 pcs semua tinggal 6 tinggal 4 pcs je lagi ....saya beli RM 35/ pcs.
Tapi saya ada tawaran giler hebat :)
If ambik semua 10 pcs 6 pcs 4 pcs, saya bagi RM 290 RM 180  RM 110 including shipping cost, mau ka?? :D
Kalau tak nak beli 10 4 pcs, saya kira harga RM 30/ pcs. (tak termasuk shipping cost)
updated : cd shinies ni datang with only one insert and onesize CD.
Oh! ye...cd ni saya tak pernah guna lagi tp dah buat pre-wash 2 X.....
reason saya nak let go ialah pada bulan lepas saya agak meroyan kemaruk membeli CD...
online shopping la katakan :P
at last bila dah dapat barang semua, wah macam tokei cd plak..ahaks :P
all in all, saya ada dah dekat 50 cd termasuk yang lama2 tu...wah wah wah :)

saya rasa 50++ dah cukup sebab Umar dah pandai tak nak pakai CD plak :(

interested? email me at sriledang@yahoo.com

tp sebelum beli sila baca TnC kat bawah ni dulu ye :)

Serious buyer only!
1st come 1st serve basis
Goods sold are not returnable or refundable

20 January 2010

Definitely UNDERWEIGHT!

Last Saturday bawak my kids pergi check-up kat Pantai Hospital Ampang...oh ye my kids semua pergi kat hospital ni with Dr Margareth Kannimel, a very nice paed....highly recomended :D

oh bukanlah nak bercerita sakan pasal hospital or paed ni, tp pasal my weight. Adoih la, nape la kurus ringan sangat ni??? :(
My current weight is 47.4 kg saje, dengan 160 cm height...which is definitely underweight :(

Masa zaman uni dulu, my weight was about 52 kg, just nice dengan my height..tapi tu la lepas dah beranak pinak 3 org ni terus berat tak naik2.
Kalu naik masa pregnant pun tak banyak dalam 12 kg macam tu je, masa confinement selamat semua lemak2 ku kerjakan :P

Ade ape2 petua tak macamana nak gain weight?
eish orang dok sibuk kuruskan badan, ko sibuk nak gemuk plak la!

Last time I had tried one product ni...Weight Gain rase nama dia, tp brand ape tak ingat.
Try la sebab my friend recommend dia dah naik about 5 kg makan benda ni.

Tapi tak berkesan untuk badanku yang kurus macam pokok kelapa ni, sebabnya bila makan after 15 min camtu  mesti Cik Tan dah panggil..sakit ooo memulas2 :(
so tak habis 1 canister pun, terus stop. Kalu macam ni berterusan dari nak gemuk terus kurus meleding macam skeleton je la jawabnye :P

Eh kenapalah sibuk2 nak gemuk plak ni?
mana tak nak gemuk, jalan pun boleh goyang kalu angin kuat hehehe :D
itu belum lagi hero2ku bergayuttan nih ha..mahu tersembam ke tanah terus uwaaaa :(

so u all, ada petua tak nak naikkan berat?? meh ler share :))

14 January 2010

Medicine : Do's and Don'ts

ye tajuk sahaja dalam BI, tapi isinya dalam BM :P
Saya cuma nak berkongsi sedikit info pasal ubat-ubatan yang kita ambil seharian.  Sharing is caring, rite?

1. Baca maklumat sebaik sahaja dapat ubat
Baca label, nama ubat, sukatan, waktu makan, cara simpan, amaran (boleh sebabkan mengantuk etc)...and of course make sure that medicine is pescribed for YOU, not anyone else :P

2. Air kosong. Ye, sila makan ubat anda dengan AIR KOSONG sahaja, not coffee or tea
Kadar penyerapan ubat dalam badan dipengaruhi oleh minumam. Sesetengah ubat, contonhnye la ubat yang ade zat besi tidak boleh diambil dgn coffee or tea sebab ade caffein, unless you eat for nothing :)

3. Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari
Yang ni ramai antara kita confuse. Sgb contoh, ubat A kita kena makan 3x sehari, it doesn't mean that you kena makan at 9 pagi (after bfast), 2 petang (after lunch) or 8 malam (after dinner) tapi yang sebenarnye ubat itu kita kena makan 3x dalam masa sehari, means that kena divide 24 hours to 3 = 8 hrs--------> setiap 8 jam you have to take the dose, another 8 hrs the next dose, got what I mean? so let say kita start makan pukul 8 am, then next dose will be around 4 pm and 3rd dose will be around 12 midnite. Berbeza, rite? If makan secara betul, badan kita akan dapat bekalan ubat secara konsisten.

4. Habiskan ubat anda dalam tempoh yg ditetapkan?
Yang ni kalau ubat demam biasa atau batuk, ok la boleh behenti bila dah sihat, but a big NO to ANTIBIOTIK ! even dah sihat, kita still kena makan antibiotik at least for 5 days and even longer for certain penyakit like TB (6 to 18 months tau!). Ini utk make sure semua kuma-kuman dalam badan mati, if not they will getting stronger and stronger in our body.

5. Before of after meal?
Yang ni selalu jugak confuse especially bila kena ambil sebelum makan. Kalau ubat itu memerlukan kita ambil before meal, means that you have to take it at least....saya ulang AT LEAST 30 min before sebelum makan. Diandaikan dalam masa 30 min tadi, ubat tersebut telah larut dan diserap oleh badan. Kalau kita ambik ubat, then 5 min lepas tu makan, habislah ubat tu dah bercampur2 kat dalam perut :)
Kalau after meal, no problem. You can take it imediately after you meal, but then baiklah tunggu about 10 min baru makan ubat. Bukan ape, ade ubat yg terganggu penyerapan dia disebabkan oleh makanan, dan sebaliknye.

6. Kunyah or telan?
Cara makan pun lain-lain ye? ini berkaitrapat dengan bahan penyalut or coating ubat tersebut. Sesetengah ubat mengandungi bahan aktif yang akan dilepaskan perlahan-lahan ke dalam badan. Dan selalunye ubat ini disalut khas dan tidak boleh dikunyah. Yang penting baca arahan pada label ye :)

7. Simpan kat mana?
haaa tau tak tempat paling sesuai utk simpan ubat adalah bilik tidur! :D Ubat kena simpan ditempat yg sejuk dan kering, dapur dan bilik air (ade ke org simpan ubat dlm bilik air???) tak sesuai takut lembap dan panas. Simpan ubat yg kena refrigerat kat bahagian bawah peti, bukan ditempat freezer tu :)

eh cukup-cukuplah tu ek, kan mengantuk plak u olls petang-petang hari ni :P :) :))


13 January 2010

Musykil..musykil...

eish eish eish sungguh saya musykil kenapa lah blog saya ni akan display lelain apabila menggunakan Internet Explorer dan Firefox.
maksud saya bukan lain ape ....begini ceritanye..
kalu saya bukak ngan I.E, dia kan jadi senget sebelah :(..eish camne nak cakap nih...ermm dia tak akan display yg ruang kosong belah kiri tu..ermm paham ke?
tapi kalu bukak ngan Firefox ok je plak dia display semua...
ade tak sesape yg pakar kejelitaan IT bleh explain dan tolong saya?? :D

07 January 2010

Kegilaanku...

....terhadap fridge magnet

salah satu benda yg aku suka kumpul ialah fridge magnet.
since terbaca entry Maria dan Faz pasal FM ni, ni aku nak tunjuk gak la koleksi FM aku nih...
So far inilah semua koleksi FM aku ni nak dekat 50 dah...
Yg paling aku sayang?

Semestinyalah yg kat bawah ni sbb aku beli masa gi Disneyland @Resort Paris dulu. Betul2 puashati sbb aku sendiri yang pilih selama ni dok kirim kat orang je ngeh ngeh ngeh...

Ada a few aku beli masa kat Disneyland dan Paris tp dah banyak tercabut magnet dia dikerjakan oleh hero2ku huhuhu
Yang lelain tu family and kekawan beli since depa tau aku ni pengumpul FM...
So ade tak sesape yg murah hati nk bg FM kat aku ??muahahahaha


05 January 2010

oh...Radix!!

...aku tidak tahu bahwasanya Radix sudah ade produk Mee kunig...dlm dry form lagi okay...



oh sangat la senang utk working mum yg malas sibuk macam aku ni ...: D


03 January 2010

Permata Hijrah

Balik kampung kali ni berkesempatan pergi ke cawangan Permata Hijrah kat Wakaf Che Yeh...
ikutkan nak gi HQ dia kat Pengkalan Kubor tp mcm jauh la plak plus hujan yg agak lebat.
Aku memang aim nk try benda ni sejak terdengar promo dia kat MHI hari tu...hmmm macam menarik je untuk pemakai2 spek tegar macam aku ni
testimoni pesakit mengatakan ade yg tinggalkan terus spek bila go on treatment with benda ni, dengan izin Allah la.
tu yg buat aku teruja nk try so lepas ni bleh la join kelab si dia beli spek hitam.
Sgt jeles okay bila si dia je asyik dok tukar sunglass, aku pun teringin gak...
Abang Ngah aku sendiri dah pakai benda ni almost 1 month and dia ckp kalu dulu tgk tv confirm kena pakai spek, now kalu x pakai pun dah bleh nampak walaupun x se'clear' mana.
 Kalu nk tahu abg aku ni pemakai spek tegar, power dah dekat 500..oh lupa nk ckp my siblings semua specky ok...:D
..and among us, akulah power puff girl paling rendah ok about 150 ++...
and paling lambat sekali menjejak ke kedai spek dlm form 5 kot, x ingat dah....
kak long, abg ngan, adik bongsu aku semua sekolah rendah dah macam apek jual sayur dah selamat pakai spek...
eh keturunan ke? Mak ayah pakai tp just bila nk baca etc...
Masa pergi depa bgtau percuma konsultasi dan rawatan utk first timer.....
dia sembur ngan ubat spray and ubat titis (masa ni mata rasa pedih sgt) then pakai spek ala kesatria baja hitam ni for 3 min utk urutan..


so utk org yg power 200 ke bawah like me, dia recommend this set la, ubat spray rm 189, ubat titis siang dan malam about 119, then ubat titis mcm eye more tu bila2 masa di mana aje boleh guna...aku plan nk letak dlm hband, yg lain2 tu tinggal kat umah je.


so ade sesape dah try tak? Just nk tahu feedback macamana...pd sesapa yg nk try, kat KL ni ada dealer dia tak silap aku kat Greenwood Gombak dan juga Kajang...
kan nk gi ke
Kelantan jauh bebenar la plak..


korang pemakai spek tegar macam aku tak? ekekekek
Utk info lanjut bleh klik kat sini

01 January 2010

I am so addicted....

.....dengan 'online shopping'....aduhai apa la nak jadih nih :D
semenjak akhir-akhir ini sangat kerap tangan aku ni menghabiskan duit kat internet....
mula2 aku beli ni...kat juwita shoppe...purse lama aku dah uzur sangat yelah dapat freegift masa beli handbeg kawin dulu..so imagine la thn 2003 you...tambah lagi purse lama dah tak muat utk kumpul kad yang merapu2 tu ngeee...
suka purse ni sebab banyak comparment boleh sumbat macam2 kad
Then tergedik2 plak nak mengecat blog tapi tak reti kekdahnye, terpaksa la mintak tolong pada yang pakar kejelitaan...so ini pun just email2 n gtalk2 je dgn tokei cat blog ni Kui...hasilnya tadaaaa...... wajah blog baru aku ni la ngeee...
meneruskan lagi agenda shopping mopping online aku ni...ter'beli' plak cloth diaper tuk my kids plak....dulu dah gila sakan, pastu dah bleh control tahap kegilaan terhadap cloth diaper ni, pastu datang balik...
kali ni aku try beli yg made in China, murah sikit compared to yg import dari US tu..
Gift from Heaven Rm 43 kalu tak silap aku, datang dengan 2 insert.
yang CoolaBaby tu rm 33, jugak dengan 2 insert
cutting wise aku rase kecik sikit dari yg import from US tu tp aku suka sebab fit nicely ngan my kids yang tak berapa nak debab tu...
oh! ya, aku beli kat sini ye..
eh gatal tul la tangan ni, ada ubat tak korang? Ngeee....

So korang camne, addicted to online shopping or not?