15 July 2009

Homeopati vs Hellopati

Pernah tak pegi klinik or berubat cara homeopati? i think homeopati ni quite good jugak la. Before this my kids memang asyik ulang alik klinik and hospital je, and on antibiotik memanjang hinggalah suatu hari my MIL bawak my eldest son tu pegi klinik homeopati kat area setiwangsa. it works la...my kid serasi ngan ubat homeopati ni...then lepas tu i bawak jugak adik2 dia pegi klinik homeopati tu jugak...ubat dia kecil2 je besar putik mancis tu and diisi dlm bekas 2 comel gak..my kid nak makan pun senang je, tak yah nak paksa2 kerjakan macam selalu depa ingat gula2 coz rasa dia cam manis glukos tu. umar pantang nampak je mesti nak, pantang nampak nak bagi kat abang or adik dia, dia dah siap hulur tangan hehehe...smlm dah selamat aku buat operasi lupus ubat2 klinik n hospital, tinggal yang tak bukak lagi je. Macam farmasi kan gayanye, ubat bukan main banyak, ya ampun !!!!


comelkan bekas-bekas dia, nak bawak dlm handbag pun senang...tp senang plak la nak hilang hehehe


yang putih ni untuk kids, yang kuning tu utk org dewasa...

anyway ni ade sikit info pasal homeopati, dari pakcik google ler sape lagi kan...

Apakah Homeopathy

'Homeo' bermaksud persamaan manakala 'Pati' rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan prinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'


Ada 6 perinsip asas homeopati:-

1. Ujikaji Terhadap Manusia Sihat.Semua ubat-ubat homeopati wajib menjalani ujikaji ubat-ubatnya terhadap manusia sihat dan bukannya ujikaji keatas haiwan seperti mana perubatan lain, kerana bagi pendapat ahli-ahli homeopati,"Hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, layak diberikan kepada manusia"

2. Dos Tunggal.Semua ubat-ubat yang hendak diberi kepada pesakit wajib diberi dalam dos yang tunggal dan tidak boleh diberi dalam dos yang banyak atau banyak ubat dimakan dalam satu waktu. Ini untuk mengelakkan kesan sampingan.

3. Dos Minima.Semua ubat-ubat hendaklah diberi dalam dos yang paling minima. Dos yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan manusia.

4. Tenaga Hayat.Sihat dan sakit bergantung kepada tenaga hayat seseorang orang.

5. Arah Penyembuhan.Arah penyembuhan ubat hendak mengikut semulajadi dan tidak bertentangan antara satu sama lain.

6. Wajib Serasi.Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja boleh menyembuhkan setiap penyakit atau dikelani sebagai 'Similia Similibus

PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh pengguna apabila mengambil rawatan homeopati bagi mengekalkan keberkesanan penawar. Antara pantang larang itu ialah ;

1. Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.

2. Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.

3. Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan - bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.

4. Ubat - ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau - bau yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas - kemas setelah digunakan.

5. Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.

6. Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.

7. Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.

8. Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi bahan dadah dalam masa rawatan.

9. Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.

10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.

utk info lanjut boleh baca kat sini dan sini

if nak cari klinik homeopati yang berdekatan dengan anda, sila ke sini

p/s: nama hellopati tu dr yg i jumpa tu suka2 bagi nama,refer to perubatan moden with all the drugs..hehehe



No comments: