01 March 2010

Anakku dah besar or Diriku dah tua??

hahahahah tajuk tah ape2 :P

Pagi tadi saya ke sekolah rendah berhampiran rumah utk register Syakir sekolah tahun depan.
wah wah wah punye la lama tinggalkan zaman sekolah...dah 20 thn baru jejak semula :D
1st time masuk pintu depan sekolah tadi,
wah kenangan silam menjelma la plak (wpun bukan sekolah yg sama ngan saya dulu tp riuh rendah bilik darjah tu betul2 menggamit memori..
wah ayat tak boleh blah )
sedikit emo di situ..
ye kekawan, saya teringat zaman2 persekolahan saya dolu2 :P
how time flies so fast kan?
ni nak register anak plak, macam tak percaya :P

tadi masuk dok melilau mencari pejabat am, mata terlihat la beberapa signboard seperti

'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' dan

'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU'

wah punyelah strict sekarang ni kan, sampai kita tak boleh dah nak meninjau2 anak2 kita dlm bilik darjah.
Memang macam ni ke kat semua sekolah, ke kat bakal sekolah anak saya je ?
cikgu Intan, sila bagi komen ok :D

saya teringat zaman saya kat sekolah rendah dulu,
bapak saya siap boleh datang ketuk tingkap kat tepi bilik darjah saya je utk bagi duit poket (sbb saya asyik lupa nak ambik :P).
senang la sbb memang meja saya kat tepi sekali, tp of course la masa selang antara waktu belajar/ time rehat je.
tp kalu nak buat macam ni sekarang ni dah tak boleh lah kan?
ohh haruslah tak boleh nyanyuk dah utk ingatkan anak bawak duit
poket ke sekolah hohoho....

btw bercerita pasal duit poket ni, u oll yang dah ada anak sekolah,
berapa henggit kome bagi ek?
kalau dolu2 mak saya bagi 60 sen je, tp cukup utk saya melahap membeli
nasi berlauk sepinggan (30 sen), karipap seketul (10 sen) dan air milo segelas (20 sen) :)).
tp kalau sekarang apa boleh dapat 60 sen tu kan kan kan?
haruslah kena bagi 1.50 at least...hmmmm :(

hohoho anakku dah nak start sekolah, dah tua aku rupanye besar dah anakku itewwwwwww.......

atau dengan kata lain yang tersirat, diriku semakin berharga tua huhuhu

haruslah menepek gambar subjek cerita kan kan

Muhammad Syakir Zufairi aka Abang Long :))

p/s : yg signboard no 2 tu sy takleh nak bg komen kenapa dan mengapa ia wujud?
utk elak parents direct terus gi jumpa cikgu kalau ada kes denda or dera pelajar kah????

sekian entri dr saya yg still lagi konfius... 



10 comments:

Nadiah Sidek said...

seingat sy, ms sy sekolah dulu takde pun larangan2 mcm tu..nak2 sekolah rendah. pelik juga ye

IntanSham said...

babe..mak rasa nak buat 1 entri ttg persoalan mu ini kat blog mak, nnt sok kalo sempat mak buat yer nyah

IntanSham said...

nyah... entri khusus utkmu, sudah ku buat... ahakssss

DNNA said...

Salam kenal wahai UmmiNor ..

Terima kasih atas lawatan ke blog dan meninggalkan jejak ... *Mode:Sangat terharu* :)

Ini maklumat baru ni ..
Kena ingat-ingat la sebab lagi 2 tahun Dina dah mula sekolah dah, Insya Allah ...

Izan Ishak said...

salam kenal juga ummi nor... hmmm...sekolah skrg sangat strict ye! takut parents serang cikgu kot!

mmg kejap je anak2 dah besar...
mcm izan ni thn depan dah berderet 3 budak kecik masuk tadika... haha...

Nurul Izza said...

ummi nor: skg ni mcm2 benda pelik.mcm dulu kt takut cikgu tp skg cikgu tkt student.huhuhu

p.s: huhu entry ni wat sy rs tua daaaa...

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

Nad ----> tu la, kita dulu mana ade signboard pelik2 ni hihihi
Intan ----> thanks babe for your special entry tu ahaks...

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

DNNA ----> thanks jugak sbb sudi singgah, lainkali dtg lagi ye. tu la kena ingat kan tau2 je dah terlepas tarikh register anak tu hihihi

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

Izan ----> thanks sudi singgah...yo lar cepat kan anak2 dah besar huhuh
Izza ----> yup now terbalik, cikgu takut kat student. makcik saya cikgu lepas tegur anak murid dia masuk kelas lambat, nak balik tayar keta dah dipancitkan huhuhu

Abdul khalique Soomro said...

Took me time to understand all of the comments, but I seriously enjoyed the write-up. It proved being really helpful to me and Im positive to all of the commenters right here! Its constantly nice when you can not only be informed, but also entertained! I am certain you had enjoyable writing this write-up. judi bola

Kulit Kering Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar?  ========= Kulit kering nampak lebih tua kerana kulit yang kering kurang anjal, kusam dan l...