18 December 2009

~: 8 tanda seronok berkerja??? :~

Aku ada terbaca 1 artikel ni dalam majalah Mingguan Wanita, saja nak share ngan korang semua, 8 tanda seronok berkerja. Aku just ambik keypoint je. yg tulisan senget tu empunya blog sibuk nak komen

1. Datang awal ke tempat kerja
Anda tiba di tempat kerja awal dan tak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda seronok berkerja. Hmmm ade ke orang nak datang awal pastu tercongok kat depan pintu ni? aku memang datang awal, cumanye aku tak perlu tunggu depan pejabat sebab kunci bilik aku sendiri pegang, buleh?

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bagi yang seronok berkerja, kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula. A big NO to kerja lebih masa, kecuali dah terdesak sangat2, kalu x buat jugak harus kena buang kerja ke...haa yg tu aku stay la...

3. Wajah berseri
Jika seronok ngan kerja, setiap kali ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau muka anda masam mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai...korang camne? Ceria or masam mencuka? Nnt try godek ngan rakan2 sekerja...cam aku, pagi2 tu taklah ceria mana dan taklah masam mencuka sangat, kalu ada meter yang bleh ukur tu, agak2 50-50, buleh?
4. Bangga menceritakan tentang kerja
Anda bangga untuk memberitahu org lain di mana dan apa kerja anda lakukan..... Yang ni plak, aku jadi excited nak cerita lebih pasal kerja aku if bila awal2 aku mention nama institut aku, orang tu teruja mendengarnya, if not, sori la aku pun takde mood nak cerita okay...
5. Personaliti kemas
Pakaian menonjolkan siapa anda. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda...yang ni plak aku try sehabis mampu utk berpakaian kemas ye la anak dah 3 ni, nak berlipstick pun x sempat dah... And yes aku biasakan diri pakai kasut bertutup tp tumit taklah tinggi mana, NO sandal or kasut bertali2 tu, so far takde org komplen lagi ckp officer ni bla bla bla
7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lain.
Bg mereka yang seronok berkerja bukan saja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya tetapi sanggup offer untuk membantu menyiapkan kerja orang lain. Haaa? ...kalu macam ni aku ikut keadaan jugak, kalu ada colleague mintak tolong, aku tolong la mana yang mampu. If tak, takde la aku nak volunteer kan kerja sendiri pun berlambak ada hati nak tolong orang plak, blah la...

8. Mendapat gelaran workaholic
Selama mana anda tidak termasuk dalam tanda2 menjadi workaholic, eh apa tanda orang workaholic sebenarnye? anda masih boleh gembira dengan kerja anda. hehehe yang ni insyallah gelaran ni tak berani dekat ngan aku la...mak confirm okay!

So korang, seronok tak ngan kerja korang sekarang? Or nak tukar kerja lain ???:D


5 comments:

Ms Lola said...

2 & 5 adalah tepat utk saya. Yg lain2 tu,.. errrrrrr

mariaariffbaby said...

hahahahahahha

rasanya kena no 1 jek tau
and bab penampilan..

and kena cari kerja lain gak la kita ni..

huhuhuhu

~: UmmiNor:~ said...

wah sungguh teruja saya kak lola sudi singgah kat blog hamba yg tak seberapa nih :DDD
thanks bebe...
maria,
rilek2..slow-slow saya pun mcm ke laut sume huhuhu

Wawa Shukor said...

1-8 suma wa punya hahahaha... :p

Wawa Shukor said...

opppsss tambahan, ayat2 di atas adalah statement perasan